Katedral dan Gereja di Mexico dicemari oleh penyokong aborsi

Semasa perarakan yang diadakan pada Mac 8 untuk memperingati Hari Wanita Antarabangsa, pelbagai katedral Katolik dan Gereja di Mexico telah dirosakkan. Dinding dan struktur bangunan telah diconteng dan dirosakkan.

Mar 22, 2025

Basilika Katedral Assumption of Most Holy Mary of Guadalajara selepas perarakan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac 2025. | Kredit: Keuskupan Agung Guadalajara


KOTA MEXICO:
Semasa perarakan yang diadakan pada Mac 8 untuk memperingati Hari Wanita Antarabangsa, pelbagai katedral Katolik dan Gereja di Mexico telah dirosakkan. Dinding dan struktur bangunan telah diconteng dan dirosakkan.

Di Jalisco, the Cathedral Basilica of the Assumption of Most Holy Mary telah disimbah dengan cat dan tulisan slogan yang memihak kepada pengguguran dan menyerang Gereja Katolik.

Di tengah Mexico, Katedral San José di Toluca adalah satu lagi Gereja yang telah diserang oleh kumpulan feminis, dengan meletakkan kain hijau — warna yang diterima pakai oleh pergerakan yang menyokong pengguguran janin. Beberapa patung di luar katedral juga dirosakkan.

Di Morelos, media sosial menunjukkan orang yang cuba meruntuhkan pagar pelindung di hadapan Katedral Cuernavaca, namun percubaan itu gagal. Di Oaxaca, di tenggara negara, peserta dalam perarakan tibatiba menyembur cat ke dinding Katedral Our Lady of the Assumption. Video yang tersebar di media sosial menunjukkan bahawa kumpulan itu cuba membakar pintu utama.

Kardinal José Francisco Robles Ortega, Uskup Agung Guadalajara, mengatakan tidak salah untuk menunjukkan protes terhadap Gereja Katolik yang menentang pengguguran bayi.

Tetapi protes itu harus dijalankan dengan “menghormati masyarakat, menghormati bangunan yang merupakan sebahagian daripada warisan negara, menghormati harta rakyat.” --CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments