Kaum muda berdoa “24 jam” untuk perdamaian

Jawatankuasa Penganjur Hari Belia Dunia (WYD) Seoul 2027 mengadakan Vigil Doa Pra-Paskah pada Mac 28 di Katedral Myeongdong.

Apr 12, 2025


SEOUL:
Jawatankuasa Penganjur Hari Belia Dunia (WYD) Seoul 2027 mengadakan Vigil Doa Pra-Paskah pada Mac 28 di Katedral Myeongdong.

Ratusan kaum muda menyertai acara yang dinamakan “24 Jam untuk Tuhan” sebagai sahutan kepada Sri Paus Fransisksus untuk merayakan Tahun Jubli 2025 melalui karya-karya rahmat, terutama Sakramen Perdamaian.

Dari pukul 7:00 pagi hingga 9:30 pagi, Katedral dan kawasan sekitarnya menjadi ruang doa bagi belia dari seluruh Keuskupan Agung Seoul.

“Pada sebelah malam, kita menyahut jemputan Sri Paus sebagai penziarah harapan, mencari rahmat Tuhan dan sebagai persiapan sambutan Hari Belia Sedunia 2027,” kata Uskup Paul Kyung-Sang Lee semasa pembukaan vigil.
Vigil itu mengambil tema yang dipetik dari Mazmur 71:5, “Engkau adalah harapanku, ya Tuhan, kepercayaanku, sejak masa muda, ya Tuhan.”

Prelatus itu menggalakkan para belia agar mempercayakan diri mereka untuk diperbaharui oleh Tuhan khususnya melalui rahmat sakramen-sakramen.

Vigil bermula dengan refleksi senyap di dalam katedral, di mana para peserta khusyuk dalam bacaan meditasi dan doa.

Kemudian, bahagian kedua petang dibuka dengan Sakramen Perdamaian. Di bahagian akhir program itu, para peserta memasukkan pencungkil gigi ke dalam mahkota duri sebagai tanda simbolik pertaubatan yang mewakili luka yang disebabkan oleh dosa. Tindakan itu merupakan ungkapan visual penyesalan dan keinginan untuk pembaharuan.

Acara “24 Jam untuk Tuhan” itu diakhiri dengan Adorasi Sakramen Mahakudus. Komiti Penganjur Tempatan (LOT) untuk WYD 2027 mengatakan vigil itu merupakan jemputan bagi kaum muda untuk berdamai dengan Tuhan, dengan diri sendiri dan dengan mereka yang masih belum mengenal Kristus. --LiCAS News

Total Comments:0

Name
Email
Comments