Kebenaran tidak boleh dicemari
Yohanes boleh dianggap sebagai orang yang boleh diteladani dan tahu serta sedar akan makna hidup dan tugas.

HARI MINGGU KE-3 ADVEN
TAHUN C
Zefanya 3:14-18
F
ilipi 4:4-7;
injil Lukas 3:10-18
Yohanes boleh dianggap sebagai orang yang boleh diteladani dan tahu serta sedar akan makna hidup dan tugas. Beliau melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab, jujur, dan tahu apa hak dan kuasa mereka, tetapi juga hadnya. Terutamanya kesederhanaannya dan sikap rendah diri terhadap orang lain. Beliau jujur dan berani untuk mengatakan apa yang benar kepada seseorang, walaupun kepada Raja Herodes. Kebenaran tidak boleh dicemari! Yohanes sanggup berkorban demi kehidupan yang penuh kebenaran.
Ini adalah orang yang jujur, yang demi kebenaran menghantar orang untuk mengetahui siapa Yesus. Dia mahu kepastian mengenai identiti watak yang mereka telah dengar dan lihat: “Orang-orang buta melihat, orang lumpuh berjalan, orang kusta dibersihkan, orang pekak mendengar, orang mati dibangkitkan dan menjadikan berita-berita buruk baik” (Mat 11: 5). Inilah kata-kata yang dicanangkan Yesaya(Yes 35: 5-6, 61: 1). Yesus kemudian berkata: “Berbahagialah orang-orang yang tidak menjadi kecewa dan menolak Aku.” Dan dengan kata-katanya Yesus telah menjawab soalan-soalan yang disampaikan oleh Yohanes, yang disaksikan oleh pengikut-pengikutnya sendiri.
Dalam jawapan Yesus kita juga melihat peribadi Yesus sendiri. Beliau mengakui dirinya sebagai orang yang datang untuk menyelamat. Tetapi juga sebagai “orang besar”, sebagai Juruselamat kita, Yesus memuliakan orang yang bertanggungjawab menyiapkan kedatangan-Nya, Yohanes Pembaptis! Yesus memuji Yohanes sebagai seseorang yang mempunyai kewajipan melaksanakan tugasnya dengan baik dan benar, sehingga mati! Mengenai orang sebegini, Yesus berkata: “Di kalangan mereka yang dilahirkan oleh perempuan, tidak pernah ada seorang yang lebih besar daripada Yohanes Pembaptis” (Matius 11:11). Dengan kata-kata beliau bahawa Yesus akan membenarkan dan mengesahkan kandungan panggilan telah dilafazkan Yohanes Pembaptis, apabila dia muncul: “Bertaubatlah, sebab Kerajaan Syurga sudah dekat” (Mat 3: 2). Ketibaan dan kemunculan Yesus di khalayak ramai dalam masyarakat merupakan kedatangan kerajaan syurga. Kedatangan Yesus akan mendedahkan apa sebenarnya yang dikatakan Kerajaan Syurga. Kerajaan syurga bukanlah sesuatu yang baru, tetapi ia telah datang dan ia bermula sekarang, seperti yang dijalankan dan dibuktikan oleh Yesus sendiri: yang sakit disembuhkan, orang mati dibangkitkan, yang miskin diberi keperluan, orang dilayan dengan adil dan dendam digantikan dengan cinta kasih.
Tetapi kenyataannya, Yohanes Pembaptis yang menyampaikan kebenaran, dipenjarakan dan dijatuhi hukuman mati.
Inilah bentuk serangan Raja dunia terhadap Kerajaan Syurga yang akan datang. Serangan itu berulang lagi. Yesus Penyelamat dan yang membawa Kerajaan Syurga itu pun masuk penjara dan dihukum mati. Yohanes yang hidup keras, sederhana, dianggap sebagai orang kerasukan syaitan (Mat 11:18), dan Yesus yang makan dan minum dengan pelahap, pemabuk dan menjadi sahabat orang berdosa dianggap tidak baik kerana perbuatanNya (ay.19).
Apa pesan Injil hari ini kepada kita? Kita diajak untuk memahami makna pertaubatan, yang merupakan syarat mutlak untuk menyambut Yesus menyelamatkan kita. Kita diajak untuk sungguh-sungguh beragama, sungguh beriman secara bersungguh-sungguh dan serius. Apabila kita ingin diselamatkan, atau bila kita ingin merayakan Krismas secara benar, kita harus hidup baik, cukup, sihat, serta sederhana, khususnya dengan sikap hati dan sikap peribadi yang rendah hati, saling menghormati sesama sebagai orang semartabat, tahu memaafkan dan saling mengasihi. Jangan sampai kita pun menjadi sebahagian daripada punca kematian Yohanes Pembaptis dan Yesus Penyelamat kita yang dihukum mati kerana keberanian demi kasih! Kesaksian diri Yohanes Pembaptis, dan kesaksian diri Yesus Penyelamat, - inilah yang harus menjadi pusat perhatian kita apabila merayakan Krismas dengan benar. --Oleh Mgr Hadi Sumarta O.Carm
Total Comments:0