Keldai: sebenarnya bawa maksud yang tidak dijangka

Tepatlah bahawa keldai yang kesannya bodoh dan lemah itu ternyata sangat membantu manusia dalam membawa beban. Demikian pula, Tuhan Yesus yang adalah Raja itu tampak lemah dan tidak memiliki kekuatan, ternyata memberikan penebusan dan keselamatan bagi umat manusia.

Mar 25, 2022

Soalan: Keldai dikenali sebagai binatang yang lemah, lambat dan bodoh. Tetapi dalam Alkitab, Tuhan menggunakan keldai dalam pelbagai kesempatan. Contohnya, Tuhan Yesus menunggangi keldai untuk masuk Yerusalem. Apakah penggunaan binatang keldai ini ada simbol atau maksudnya?

Jawaban: Pandangan terhadap keldai (Equus asinus) sebagai binatang yang lemah, lambat dan bodoh merupakan kesan pandangan orang yang terburu-buru membuat kesimpulan.

Sebenarnya, keldai bukan binatang yang seperti dikatakan orang tersebut. Keldai memiliki kemampuan yang tidak terduga iaitu memiliki kemampuan untuk mengangkut barang-barang berat dibandingkan kuda. Sejak zaman lampau, keldai menjadi alat kemudahan yang penting sama seperti kuda.

Namun, antara keldai dan kuda, kuda lebih digunakan sebagai kendaraan berperang oleh pemimpin atau raja.
Kini, “Mengapa Yesus memilih keldai untuk masuk ke Yerusalem?” “Apakah ada kaitannya dengan pemahaman keldai di atas?” Ramai orang keliru mengapa Yesus menunggang keldai, kerana keldai dikaitkan dengan ‘binatang bodoh dan lambat’ lagipun Dia adalah Raja.

Tentu ini membuat seorang yang berpandangan secara umum melihat apa yang dilakukan Yesus itu tidak benar. Namun, menunggang keldai bagi Yesus bukanlah mengenai layak atau tidak layak sebagai seorang Raja.

Bagi bangsa Israel, jika Yesus menunggang kuda, ia merupakan suatu simbol akan harapan bagi mereka. Maka, keldai yang dikatakan bodoh, lemah, dan lambat itu memiliki makna yang dalam, yang mahu ditunjukkan oleh Yesus ketika memasuki gerbang Yerusalem.

Pertama, dalam Kitab Zakharia ada nubuat yang memperlihatkan ciri khas unik dan luar biasa dari seorang Raja Israel yang disebut Mesias, iaitu menunggang seorang keldai. Dikatakan: “Bersorak-sorailah dengan nyaring, hari puteri Sion, bersorak-sorailah, hai puteri Yerusalem! Lihat, rajamu datang kepadamu; dia adil dan jaya. Dia lemah lembut dan mengendarai seekor keldai, seekor keldai beban yang muda” (Zak 9:9).

Di sinilah inti dari makna di sebalik penggunaan keldai oleh Tuhan Yesus. Dia hendak memenuhi apa yang telah dibuatkan kepada orang Israel. Dia mahu menunjukkan bahawa Sang Mesias itu telah datang. Maka, tidak hairan dalam Injil Matius digambarkan bahawa ketika Tuhan Yesus memasuki gerbang Yerusalem, “Orang banyak yang sangat besar jumlahnya menghamparkan pakaiannya di jalan, ada pula yang memotong ranting-ranting dari pohon-pohon dan menyebarkannya di jalan” (Mat 21:8).

Selain hendak menunjukkan Yesus sebagai Mesias yang dinubuatkan oleh Nabi Zakharia, penggunaan keldai oleh Yesus masuk ke Yerusalem adalah menggambarkan karakter Raja Israel yang dinanti-nantikan tersebut, iaitu Raja yang bukan membawa perang tetapi membawa damai.

Hal ini disebabkan bahawa pada waktu itu, ketika bangsa Israel dijajah oleh bangsa Romawi, muncul kaum Zelot yang percaya bahawa Sang Mesias datang untuk melawan bangsa Romawi. Akan tetetapi, hal tersebut disangkal Yesus sendiri dengan menunggang keldai ini.

Dia menunjukkan dengan tindakan-Nya tersebut sebagai pemenuhan apa yang dinubuatkan oleh Nabi Yesaya bahawa “Sebab seorang anak telah lahir untuk kita, seorang putera telah diberikan untuk kita; lambang pemerintahan ada di atas bahunya, dan Namanya disebutkan orang: Penasihat Ajaib, Tuhan yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai” (Yes 9:6).
Dan akhirnya gambaran Yesus menunggang keldai untuk masuk ke Yerusalem adalah hendak menegaskan keberpihakan Sang Raja Damai yang diharapkan oleh bangsa Israel. Yesus tidak berpihak bagi kaum yang berkuasa tettapi bagi kaum yang menderita dan miskin seperti yang selalu dikatakan-Nya: “Bukan orang sihat yang memerlukan tabib, tetetapi orang sakit; Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, melainkan orang berdosa” (Mrk 2:17).”

Maka, tepatlah bahawa keldai yang kesannya bodoh dan lemah itu ternyata sangat membantu manusia dalam membawa beban. Demikian pula, Tuhan Yesus yang adalah Raja itu tampak lemah dan tidak memiliki kekuatan, ternyata memberikan penebusan dan keselamatan bagi umat manusia. — Fr Yohanes Benny Suwito, Institut Teologi Yohanes Maria Vianney, Surabaya, hidupkatolik.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments