Kenali Santo Anda St Vincentius Ferrer
St. Vincentius Ferrer adalah seorang pahlawan Kristian yang hebat. Dia dilahirkan di Valencia, Sepanyol pada tahun 1350. Dia berdevosi secara khusus kepada Santa Perawan Maria. Apabila berbicara tentang Bonda Maria, dialah yang sentiasa teruja dan ceria.
Mar 28, 2014
Kenali Santo Anda
St VincentiusFerrer
~ April 5 ~
St. Vincentius Ferrer adalah seorang pahlawan Kristian yang hebat. Dia dilahirkan di Valencia, Sepanyol pada tahun 1350. Dia berdevosi secara khusus kepada Santa Perawan Maria. Apabila berbicara tentang Bonda Maria, dialah yang sentiasa teruja dan ceria.
Ketika berusia 17 tahun, Vincentius menyertai Ordo Santo Dominikus. Dia seorang yang bijak dan berhasil baik dalam pelajarannya. Vincentius juga seorang yang tampan, tetapi tidak meninggi diri semua kelebihan yang dimilikinya.
Pada mulanya, Vincentius mengajar dipelbagai perguruan tinggi. Kemudian dia menjadi seorang pengkhutbah yang termashyur. Ordo Santo Dominikus disebut juga Ordo Para Pengkhutbah.
Selama 20 tahun, Vincentius berkhutbah di seluruh Spanyol dan Perancis. Meskipun pada masa itu belum ada pembesar suara, suaranya yang lantang dapat didengar hingga jauh.
Ramai orang bertaubat dengan hanya dengan mendengarkan khutbahnya. Bahkan seorang tokoh terkenal, Paulus dari Burgos, menjadi seorang Katolik. Paulus kemudian menjadi seorang Paderi dan akhirnya Uskup Cartagena, Sepanyol. Ramai orang Katolik sangat terkesan dengan khutbah-khutbah dan teladan kekudusan Vinsentius, sehingga mereka menjadi lebih kudus. Umat Katolik yang dulunya tidak mengamalkan iman mereka, sekarang berubah. Mereka menjadi taat dan saleh sepanjang hidup mereka.
St. Vincentius sentiasa berandal kepada Tuhan dan melakukan matiraga demi keberhasilan khutbah yang baik. Dia sedar bahawa bukanlah kata-katanya yang menyentuh hati orang.
Santo itu meninggal dunia pada tahun 1419. Dia dinyatakan kudus oleh Paus Nikolas V pada tahun 1455.
Total Comments:0