Kenali Santo Anda : Sto Yosef

Sto Yosef adalah seorang santo yang unggul. Beliau berupakan bapa asuh kepada Yesus dan suami kepada Santa Perawan Maria. Yosef memperoleh hak istimewa untuk merawat dan menjaga Putera Tuhan bersama Bonda Maria.

Mar 14, 2014

Sto Yosef
Mac 19

Sto Yosef adalah seorang santo yang unggul. Beliau berupakan bapa asuh kepada Yesus dan suami kepada Santa Perawan Maria. Yosef memperoleh hak istimewa untuk merawat dan menjaga Putera Tuhan bersama Bonda Maria.

Yosef seoragn yang miskin, maka beliau harus bekerja keras dalam bengkel tukang kayunya. Namun beliau tidak pernah berasa putus asa meskipun terpaksa membanting tulang pagi dan petang.

Apa pun yang Tuhan ingin Yosef lakukan, Santo itu segera melaksanakannya, anda peduli betapa sukar dan sulit perkara tersebut.

Santo itu sesungguhnya mempunyai sikap yang rendah diri, hati yang tulus, lemah lembut dan bijaksana.

Yesus dan Maria mengasihi serta taat kepadanya kerana Tuhan telah menjadikan Yosef sebagai ketua rumah tangga. Betapa bahagianya Sto Yosef kerana dapat hidup bersama dengan Putera Tuhan sendiri.

Yesus juga taat kepadanya, selalu membantu dan mengasihinya.

Kita biasanya memohon bantuan doa Sto Yosef sebagai pelindung mereka yang sedang berhadapan dengan ajal, sebab kita percaya bahawa Sto Yosef meninggal dunia dengan damai dalam pelukan Yesus dan Bonda Maria.

St Theresia dari Avila memilih Sto Yosef sebagai pelindung kongregasinya iaitu para biarawati Kamerlit. Sta Theresia menaruh pengharapan besar dalam memohon bantuan doa Sto Yosef.

“Setiap kali aku meminta sesuatu daripada Sto Yosef, dia selalu membantu aku untuk mendapatkannya,” demikian kata St Theresia. Paus Pius IX menyatakan Sto Yosef sebagai pelindung Gereja Universal.

Apa yang telah dijanjikan
Tuhan yang baik kepada
mereka (para nabi dan para bapa
bangsa), dia bawa
dalam pelukannya ... --St. Bernardin dari Siena

Total Comments:0

Name
Email
Comments