Kesedihan atau kegembiraan adalah realiti

Di dalam novel "Final Payments", Mary Gordon menyebut mengenai perbandingan yang telah lama mempengaruhi kerohanian Kristian dari sudut yang baik dan buruk.

Mar 21, 2014

Di dalam novel "Final Payments", Mary Gordon menyebut mengenai perbandingan yang telah lama mempengaruhi kerohanian Kristian dari sudut yang baik dan buruk.

Watak wirawati di dalam novel tersebut, Isabel, merupakan seorang gadis muda yang mempunyai latar belakang Katolik kuat, manakala ayahnya pula terlalu tegas yang menyebabkan Isabel, secara amnya Isabel seorang yang terlalu pendiam dan terlalu berfikir, terlalu berjagajaga serta selalu menganalisa mengenai apa sahaja termasuklah hal-hal yang biasa. Ini menyebabkan Isabel jarang berasa gembira meskipun ada keadaan yang seharusnya diraikan dengan ceria.

Pada suatu malam, dia pergi ke pesta keramaian anjuran kolejnya. Meskipun majlis ini cukup meriah di mana orang-orang muda bergembira, menari dan minum minuman keras namun dia berasa terpinggir.

Oleh itu, tabiat lamanya yang suka menganalisa mula kembali, “Saya akan melihat wajah-wajah pelajar yang mungkin saya boleh sayangi. Saya akan mencari sesuatu yang sejati di dalam diri seseorang, mungkin kemurnian hati itu dapat dilihat melalui bentuk dagu atau sinar mata seseorang.

“Atau mencari sesuatu tanda yang melambangkan dia sedang menahan penderitaan yang tidak boleh diselesaikan melalui hukum atau undangundang. Tetapi akhirnya saya menyedari bahawa saya sebenarnya mencari seseorang yang sedang bersedih. Dan saya berasa marah kerana membuat perbandingan seperti yang diamalkan oleh bapa saya, membuat penilaian yang sama seperti Gereja mengenai penderitaan dan kebaikan.”

“Persamaan di antara penderitaan dan nilai mempunyai sejarah yang lama di dalam kerohanian dan telah mempengaruhi kita secara positif serta negatif.

“Saya akui, pengaruh ini juga menyebabkan saya membuat persamaan nilai secara tidak disedari.” Seperti Isabel di dalam novel Mary Gordon, saya juga cenderung menilai orang-orang di sekeliling saya agar dapat mencari wajah yang sedih kerana percaya kesedihan merupakan lambang kebaikan, ketaatan dan kesejahteraan.

Ada kalanya tindakan saya ini betul kerana wajah sedih yang saya cari, benar-benar mempunyai keperibadian mengagumkan tetapi kadang-kadang, saya salah dalam membuat penilaian.

Kadang-kadang, kesedihan itu sebenarnya berpunca daripada tekanan kemurungan, sifat malu atau kemarahan.

Saya juga pernah bertemu dengan orang-orang yang secara luarannya kelihatan riang dan ceria tetapi di dalam jiwanya, dia sebenarnya tidak gembira seperti yang ditunjukkannya di khalayak ramai. Tetapi kesamaan ini tidak pernah surut di dalam hidup saya mahupun di dalam kerohanian penganut-penganut Kristian malah ia terus ‘menghantui’ kita sepanjang abad.

Selama bertahun-tahun kita cenderung memikirkan kesengsaraan dan kesedihan boleh memurnikan hati serta ketabahan. Saya masih ingat Guru Novis kami yang selalu menekankan bahawa tidak ada satu pun peristiwa di dalam Kitab Suci yang menyatakan Yesus tertawa.

Maksud beliau ialah Kitab Suci menumpukan kekuatan Yesus yang berasal daripada kesengsaraan-Nya. Tawa riang dan keceriaan hati dilihat sebagai sesuatu yang tidak boleh dilakukan secara keterlaluan.

Pandangan ini mengukuhkan lagi pegangan yang selalu ditekankan kepada saya semasa kecil lebih-lebih lagi sebagai seorang anak yang membesar di kalangan keluarga Katolik dan masyarakat imigran.

Kita juga cenderung bersetuju dengan kenyataan bahawa, “Selepas tertawa riang, tangisan pasti menyusul!” Kenyataan ini menunjukkan “tawa riang” hanyalah pada luaran diri kita sahaja. Tawa riang dilihat sebagai usaha untuk menyembunyikan kesedihan di dalam jiwa. Kenyataan “Selepas ketawa riang pasti disusuli dengan tangisan!” ini juga cenderung memberi peringatan bahawa kesedihan adalah realiti maka jangan menghilangkannya dengan berparti atau tertawa riang.

Apa yang sebenarnya harus dijelaskan mengenai perkara ini? Sesungguhnya terdapat kebenaran di dalam nisbah kesamaan tersebut. Semua ahli psikologi, pembimbing rohani, mentor jiwa — kebanyakan mereka — akan memberitahu kita bahawa kematangan dan pertumbuhan jiwa sejati tercetus dari penderitaan yang mendalam dan kesengsaraan di dalam hidup kita.

Perkara ini bukanlah mengenai Tuhan tidak menjawab permintaan atau doa-doa kita tetapi sebenarnya kita tidak mendengar-Nya pada masa gembira atau pada masa sedih. Penderitaan lebih menarik perhatian kita. C.S berkata penderitaan amat dirasai apabila Tuhan memekakkan telinga-Nya kepada dunia. Tidak dapat dinafikan, penderitaan adalah berkait rapat dengan kemurnian jiwa.

Tetapi kita harus berhati-hati untuk tidak memikirkan perkara ini dengan keterlaluan. Apabila kita melihat Yesus dan orang-orang sihat — ia menyedarkan kita bahawa kesucian jiwa juga ada kaitannya dengan kegembiraan serta masamasa ceria di dalam hidup mereka.

Yesus mengejutkan semua orang kerana Dia mengharungi penderitaan dan mewartakan sukacita kepada dunia. Dia mengejutkan ramai orang kerana Dia amat menghargai dan gembira semasa hidup-Nya.

Ini terbukti di dalam peristiwa di mana seorang wanita mengurapi kaki-Nya dengan minyak wangi mahal. Kemuliaan jiwa Yesus juga bangkit daripada penderitaan dan sukacita tulus-Nya. Dan saya percaya, Dia sentiasa bersyukur selepas melalui segala penderitaan dan semasa bersukacita

Dalam novel seorang penulis dari Czech iaitu Milan Kundewa yang bertajuk “The Unbearable Lightness of Being” beliau bertanya, “Apa yang lebih berharga, penderitaan atau kegembiraan?

“Beban yang berat menghempap kita sehingga kita tersungkur dan terbenam ke tanah. Tetapi … semakin berat beban itu, semakin dekat kehidupan kita kepada dunia lalu atau berpegang kepada realiti , semakin matang serta sentiasa cenderung memilih kebenaran.

Sebaliknya, apabila manusia tidak mempunyai masalah yang berat, manusia akan menjadi sangat ringan, sehingga boleh melonjak tinggi, melupakan dunia dan orang-orang di sekeliling kita, tidak berpegang kepada realiti kerana pergerakannya begitu bebas dan mudah.”

Jadi, mana satu yang kita akan pilih? Penderitaan atau kegembiraan?

Ini merupakan persoalan yang tidak ada akhirnya. Namun ada satu perkara yang penting iaitu lawan kepada kegembiraan/kesedihan adalah sangat misteri dan samar. -- Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-20124

Total Comments:0

Name
Email
Comments