Keuskupan Agung KL anjur Adorasi online untuk Bapa Suci

Selepas menerima perkhabaran tentang perkembangan kesihatan Sri Paus Fransiskus yang dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan pada Februari 14 lalu, Keuskupan Agung Kuala Lumpur bergabung dengan para paderi, religius dan umat beriman mendoakan kesihatan Bapa suci.

Mar 08, 2025

 


KUALA LUMPUR: Selepas menerima perkhabaran tentang perkembangan kesihatan Sri Paus Fransiskus yang dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan pada Februari 14 lalu, Keuskupan Agung Kuala Lumpur bergabung dengan para paderi, religius dan umat beriman mendoakan kesihatan Bapa suci.

Uskup Agung Julian Leow dalam surat pastoralnya bertarikh Februari 24, 2025, mengatakan, “Pada masa kritikal ini, sebagai anggota Gereja Universal, kita bersatu dengan iman, mengangkat Bapa Suci kita dalam doa dan mempercayakannya kepada penjagaan Tuhan yang Maha Pengasih.”

Prelatus itu menggalakkan semua paroki, komuniti religius dan keluarga untuk mendoakan Bapa Suci.

Keuskupan Agung Kuala Lumpur turut menganjurkan Adorasi dalam talian bagi mendoakan kesihatan Sri Paus Fransiskus pada Februari 27 lalu.

“Marilah kita terus mengingati Sri Paus dalam Ekaristi Kudus, doa rosari dan semasa doa peribadi serta dalam doa komunal kita.”

“Dalam doa-doa ini,” kata Uskup Agung Julian, “saya mengajak umat beriman membuat permohonan khusus untuk Bapa Suci, memohon Tuhan memberinya kekuatan, penyembuhan dan damai.”

Total Comments:0

Name
Email
Comments