Lapan makna Hari Minggu Palma bagi Katolik

Hari Minggu Palma merupakan peringatan liturgi Gereja Katolik yang jatuh pada hari minggu sebelum perayaan Paskah.

Apr 12, 2025


Hari Minggu Palma merupakan peringatan liturgi Gereja Katolik yang jatuh pada hari minggu sebelum perayaan Paskah.

Hari Minggu Palma menandakan permulaan minggu suci menjelang hari peringatan kebangkitan Yesus. Peringatan ini menjadi momen penting untuk mengenang kesengsaraan Yesus, bermula dengan perarakan Yesus menuju Yerusalem.

Peringatan minggu palma juga memiliki pelbagai makna yang penting. Melalui pelbagai sumber Katolik, berikut merupakan 8 makna penting hari Minggu Palma Katolik:

1. Kesucian Bersorak-sorai untuk Rumah Tuhan
Hari Minggu Palma memiliki makna kesucian bersorak-sorai untuk Tuhan. Sebab Yerusalem adalah kota yang suci. Orang yang telah menerima Yesus harusnya bersukacita menantikan serta menyambut kedatangan-Nya.

2. Menyambut Yesus
Di Gereja, ketika perayaan Hari Minggu Palma, umat membawa daun atau ranting palma. Ini menandakan bahawa jemaat hadir menyambut Yesus yang masuk ke Yerusalem. Daun palma yang telah digunakan dan diberkati, akan dibakar untuk dipakai pada perayaan Rabu Abu pada tahun berikutnya.

3. Memulakan Ibadat
Awal Misa atau Ibadat Sabda, umat mengangkat daun palma sambil menyanyikan pujian dalam perarakan, mengenang kembali kemuliaan dan kegemilangan semasa Yesus memasuki kota Yerusalem.

4. Simbol Kemenangan
Daun palma pada zaman Romawi adalah simbol kemenangan martir, maka daun palma memberi makna pada Hari Minggu Palma bahawa Yesus menang atas maut.

5. Suasana Baharu
Warna hijau pada daun palma juga seiring dengan warna musim bunga. Yesus datang memberikan keselamatan, suasana baharu, sukacita untuk mengganti dosa dan duka.

6. Membawa Perdamaian
Yesus masuk ke Yerusalem dengan menggunakan keldai, haiwan yang dianggap sebagai lambang perdamaian. Maknanya, pada Hari Minggu Palma, Yesus datang membawa perdamaian bagi seluruh dunia. Jika keldai dianggap simbol perdamaian, maka kuda menjadi simbol peperangan.

7. Mengingat Kesengsaraan Yesus
Hari Minggu Palma tidak hanya mengingatkan kita akan proses masuknya Yesus ke Yerusalem, melainkan juga mengingatkan kita akan kesengsaraan Yesus. Umat akan diingatkan bahawa setelah dialu-alukan, ada proses sengsara yang ditempuhi oleh Yesus semasa minggu suci.

8. Berhasil Mengalahkan Maut
Pada perayaan Hari Minggu Palma, teks bacaan Alkitab iaitu tentang kisah sengsara Yesus adalah sama dengan pembacaan yang dibaca pada Jumaat Agung, yang menekankan Dia berjaya mengalahkan maut dan dosa. Aleteia

Total Comments:0

Name
Email
Comments