Mahkamah batal permit pembinaan Gereja Katolik

Mahkamah di Jawa Barat membatalkan permit yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi membina sebuah Gereja Katolik pada Mac 20 lalu dengan alasan, Gereja gagal mengadakan iklan jangka panjang bagi mewartakan pembinaan bangunan tersebut.

Mar 28, 2014

BEKASI, Indonesia: Mahkamah di Jawa Barat membatalkan permit yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi membina sebuah Gereja Katolik pada Mac 20 lalu dengan alasan, Gereja gagal mengadakan iklan jangka panjang bagi mewartakan pembinaan bangunan tersebut. Padahal keputusan tersebut adalah disebabkan tekanan daripada sebuah parti Islam iaitu Parti Keadilan Kesejahteraan (PKS).

“Gereja memandang keputusan tersebut sebagai tidak sah kerana Gereja telah memberitahu orang ramai melalui pintu ke pintu, walaupun tidak secara terbuka,” ujar Uli Parulian Sihombing, yang mewakili Gereja Katolik Stanislaus Kostka.

Umat di kawasan tersebut melalui proses yang lama demi memperoleh permit membina sebuah Gereja. Hampir 500 buah keluarga Katolik tinggal di kawasan tersebut. Ahli-ahli Gereja terpaksa berjalan di Kranggan, Bekasi untuk menghimpunkan 60 tandatangan yang diperlukan sebelum menyerahkan kertas kerja kepada pejabat kerajaan daerah Bekasi. Tandatangan-tandatangan tersebut juga telah disahkan oleh seorang pegawai daerah.

Usaha umat itu juga mendapat sokongan daripada Forum Harmoni Antara Iman (FKUB) dan Hal Ehwal Agama tempatan ketika mereka menyediakan semua dokumen yang diperlukan. Pada Nov 21, 2012, kerajaan tempatan telah mengeluarkan permit kebenaran memulakan pembinaan bangunan.

Lima bulan kemudian, majlis pecah tanah diadakan yang turut dihadiri oleh Datuk Bandar Bekasi, Rahmat Effendi. Kerja-kerja membina diteruskan selama beberapa bulan sehinggalah ahli-ahli FUI membantah pembinaan Gereja Katolik tersebut.

FUI mendakwa tandatangan yang dikumpul itu adalah palsu lalu mendesak kerajaan tempatan untuk membatalkan permit pembinaan serta membuat bantahan jalanan serta berdemonstrasi di hadapan bangunan kerajaan tempatan.

Akhirnya Mahkamah memutuskan untuk membatalkan permit pembinaan Gereja dengan alasan pihak Gereja gagal mengiklankan projek pembinaan dengan wajar.

Peguam Gereja, menuduh mahkamah berpihak kepada kumpulan FUI serta menegaskan komuniti Katolik tidak pernah menyembunyikan niat mereka bagi membina sebuah Gereja.

Malah, undang-undang di Indonesia tidak memerlukan lebih 60 tandatangan bagi mendapatkan permit pembinaan bangunan, ujar Uli.

“Keputusan hakim adalah pelik. Bagi saya, mereka cuma mahu menggembirakan hati plaintif,” ucap Uli dengan kesal. --Ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments