Meletakkan bunga pada patung Bonda Maria
Maria sering dilukis bersama dengan bunga bakung atau lili, simbol kemurnian dan keterbukaannya akan kehendak Tuhan.
May 13, 2023

Soalan: Mengapa ramai umat Katolik meletakkan bunga di patung dan gua Maria? — Ina Leo
Jawaban: Maria sering dilukis bersama dengan bunga bakung atau lili, simbol kemurnian dan keterbukaannya akan kehendak Tuhan.
Bonda Maria juga digambarkan sebagai bunga mawar. Penyair abad XIV, Dante menggambarkan Maria sebagai bunga mawar, di mana Sabda menjadi manusia.
Santa Maria juga selalu digambarkan sebagai mawar tak berduri, bunga mawar syurgawi, mawar menandakan keselamatan bagi mereka yang memohon perantaraannya.
Sebagai mawar tak berduri, menurut Santo Ambrosius, Maria adalah perawan yang tak bernoda, kepenuhan kesempurnaan serta kelembutan kebaikan hatinya, kenyataan ini juga diteguhkan oleh Sri Pius XII.
Doa rosari juga berakar pada makna mahkota mawar, sehingga bunga mawar menjadi simbol dari doa rosari serta misteri-misteri yang direnungkan.
Bonda Maria juga disebut sebagai Rosa Mistika (Mystical Rose). “Tetapi syukur bagi Tuhan, yang dalam Kristus selalu membawa kami di jalan kemenangan-Nya. Dengan perantaraan kami Dia menyebarkan keharuman pengenalan akan Dia di mana-mana” (2 Kor. 2:14). Keharuman bunga mawar merupakan tanda kesucian.
Semua ini tidak dapat kita lepaskan dari kenyataan bahawa sejak bapa-bapa Gereja, Maria, yang diakui Gereja sebagai mempelai mistik Kristus, mendapatkan gelaran mawar mistik, bunga lili di padang, dan mawar Zion.
Umat Kristian abad pertengahan, di tengah-tengah usaha mereka untuk merenungkan apa yang paling terdekat menggambarkan figura Maria, menyedari bahawa dari antara semua ciptaan, tiada lain bunga adalah yang paling mewakili keluhuran kesuciannya, kemegangan kemuliaan syurgawinya serta kemurnian ketakbernodaannya.
Bahkan Santo Fiacre (600-670), yang disebut sebagai pelindung para pekerja taman, dikisahkan mempersembahkan taman-tamannya kepada Maria.
Santo Juan Diego, yang melihat penampakan Maria, tiba-tiba menemukan mantolnya penuh dengan bunga mawar ketika cuba menyakinkan para pemimpin Gereja akan kebenaran penampakan Maria yang diterimanya. Tidak hairanlah, berdasarkan sejarah dan tradisi, umat Katolik senang mempersembahkan bunga kepada Bonda Maria.
Maria merupakan teladan utama bagaimana kita menghidupi iman dan kepercayaan kepada Tuhan. Proses ini digambarkan sebagai sebuah taman yang memberikan pertumbuhan serta aroma keibuan.
Maria merupakan mempelai yang Ilahi yang kerananya menandakan kesempurnaan kesucian serta keluhuran hidup di hadapan Tuhan.
Oleh itu, dipersembahkan rangkaian bunga indah sebab Maria adalah peribadi yang dipenuhi dengan keharuman bunga, dialah yang utama maka kepadanya dipersembahkan yang pertama, “Karangan bunga yang indah itu bagi kepalanya dan suatu kalung bagi lehermu” (Ams 1:9).
Persembahan bunga kepada Maria merupakan ungkapan syukur akan peranannya dalam karya keselamatan, kesyukuran atas kasih keibuannya, serta kesegarannya memberikan kasih serta penyertaan dalam pergelutan hidup kita. Kasihnya kita balas dengan persembahan kasih kita, iaitu melalui pemberian bunga.
“Semua yang hidup adalah seperti rumput, dan segala kemuliaannya seperti bunga rumput” (1 Ptr. 1:24). Maka kita dapat membayangkan ketika Salomo membangun bait Tuhan, dia memenuhi dinding-dinding bait suci dengan bunga-bunga yang mengembang (Lih 1 Raj. 6:29).
Salah satu hal pertama yang dilakukan oleh Sri Paus Fransiskus semasa memulakan kepausannya ialah mempersembahkan bunga di altar Salus Populi Romani di Basilika Santo Maria Maggiore.
Begitu juga sebelum Sri Paus sebelum dan selepas Sri Paus mengadakan kunjungan apostolik ke negara luar, prelatus itu senantiasa berdoa dan mempersembahkan bunga kepada Bonda Maria di Santa Maria Maggiore sebagai tanda syukur penyertaan Maria dalam perjalanan dan serta karya-karya Bapa Suci semasa menjadi penziarah damai di negara luar Vatikan. — hidupkatolik.com
Total Comments:0