MENGAKU DOSA jadikan kita MISIONARI damai Tuhan!

Ketika kebanyakan keuskupan di dunia merayakan “Pesta Pengampunan” selama 24 jam, Paus Fransiskus turut bersama umat lain, melakukan Sakramen Pengakuan di Vatikan.

Apr 03, 2014

VATIKAN: Ketika kebanyakan keuskupan di dunia merayakan “Pesta Pengampunan” selama 24 jam, Paus Fransiskus turut bersama umat lain, melakukan Sakramen Pengakuan di Vatikan.

Bapa Suci menekankan bahawa pertaubatan adalah “komitmen yang harus diteruskan hingga ke akhir hayat.”

Tegasnya, “Siapa di antara kita ini tidak berdosa? Tidak ada sesiapa,” ujar Paus Fransiskus pada Mac 28 lalu, sempena upacara pengakuan dosa di Basilika Sto Petrus.

Sangti Papa menekankan kuasa pengampunan dosa Tuhan bahawa, “Cinta kasih Yesus Kristus adalah kekal dan hingga ke akhir zaman, ia tidak akan berakhir kerana ia adalah hidup Tuhan sendiri. Cinta ini mengatasi dosa dan memberi kekuatan bagi kita untuk bangun semula, memulakan hidup baru kerana dengan pengampunan daripada Tuhan, hati kita diperbaharui serta disegarkan.”

Menurut prelatus itu lagi, mereka yang menyertai upacara pengakuan akan menjadikan mereka, “misionari-misionari damai Tuhan iaitu orang-orang yang mengalami sendiri berkat damai dengan Tuhan.”

“Oleh itu, di mana sahaja anda berada, sesiapa sahaja yang anda temui, anda akan menyebarkan sukacita menerima pengampunan daripada Bapa serta menjalin hubungan akrab dengan Dia,” ujar Paus Fransikus kepada umat di Roma.

Pada Mac 28, para pembantu Paus Fransiskus terkejut apabila prelatus itu mahu melakukan pengakuan. Prelatus itu diiringi ke ruang pengakuan yang dikhususkan untuknya di basilika, Vatikan. Bapa Suci mengaku secara terbuka, di mana beliau berlutut dengan rendah hati seperti para pengaku biasa. Selepas itu, barulah Sangti Papa mengambil tempatnya untuk mendengar pengakuan.

Paus Fransiskus menyeru kepada Gereja sedunia agar menganjurkan “Pesta Pengampunan” atau “24 Jam untuk Tuhan” pada Mac 28- 29. -- CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments