Menghidupi firman Tuhan dalam KKD

Pengerusi Komisi Komuniti Kristian Dasar Keuskupan Keningau, Sdra John Lainsin menjelaskan empat sifat KKD iaitu “Satu, Kudus, Apostolik dan Katolik” ketika menyampaikan sesi dalam sebuah rekoleksi di Dataran Keuskupan Keningau, baru-baru ini.

Apr 25, 2025


KENINGAU:
Pengerusi Komisi Komuniti Kristian Dasar Keuskupan Keningau, Sdra John Lainsin menjelaskan empat sifat KKD iaitu “Satu, Kudus, Apostolik dan Katolik” ketika menyampaikan sesi dalam sebuah rekoleksi di Dataran Keuskupan Keningau, baru-baru ini.

Rekoleksi KKD ini dianjurkan oleh Service Team KKD Katedral St Francis Xavier (KSFX) yang bertujuan untuk mempertingkat pengetahuan mengenai KKD.

Sdra John menghuraikan empat sifat KKD iaitu “Satu” bermaksud KKD tersebut harus membuat pertemuan secara bergilir-gilir di rumah ahli KKD.

Sifat “Kudus” pula bermaksud setiap pertemuan KKD harus berpusatkan kepada perkongsian firman Tuhan.

Sifat “Apostolik” pula merujuk kepada kemestian komuniti KKD tersebut melakukan tindakan sosial secara bersama manakala sifat “Katolik” bermakna, setiap KKD bersifat sejagat dan dipanggil untuk bersatu dalam Gereja universal.

Cik Alice daripada tim Komisi KKD menjelaskan hubung kait antara KKD dengan proses sinodaliti. Katanya, proses sinodaliti adalah satu panggilan untuk menggereja secara global.

Selain katekesis mengenai KKD, turut diadakan pascanilai mengenai keadaan atau maklumat KKD terkini di setiap KUK.

Semasa Misa Kudus, Pembimbing Rohani KKD KSFX, Fr Nakudah Killin dalam homilinya, menjelaskan bahawa konsep berjalan bersama yang diamalkan oleh Keuskupan Keningau sejak 32 tahun lalu juga harus menjadi konsep yang diamalkan oleh KKD. Juanis bin Marcus

Total Comments:0

Name
Email
Comments