Misa Krisma Keuskupan Agung Kuala Lumpur: Adakah kita paderi yang berbelas kasihan?

Pada Misa Krisma, gembala Keuskupan Agung Kuala Lumpur bertanya kepada para paderi, “Adakah kita paderi yang berbelas kasihan? Adakah kita mendengar suara para umat?”

Mar 24, 2023

Uskup Agung Julian menghembus di atas bejana krisma, suatu gerakan yang melambangkan Roh Kudus turun ke atas minyak yang dikuduskan.


KUALA LUMPUR:
Pada Misa Krisma, gembala Keuskupan Agung Kuala Lumpur bertanya kepada para paderi, “Adakah kita paderi yang berbelas kasihan? Adakah kita mendengar suara para umat?”

Uskup Agung Kuala Lumpur, Julian Leow memimpin Misa Krisma di Gereja Holy Redeemer Klang pada Mac 14 lalu. Turut membantunya di altar ialah Wakil Sri Paus ke Malaysia, Uskup Agung Wojciech Za?uski dan beberapa orang paderi Keuskupan.

Semasa menyampaikan homi-linya, Uskup Agung Julian menggunakan dua petikan Kitab Suci pada hari itu iaitu “Roh Tuhan ada padaku” dari kitab Yesaya dan sabda Yesus dalam Injil Lukas, “ Kita diutus untuk membawa Khabar Gembira kepada Tuhan”.

Kedua-dua kata itu membawa misi yang diamanahkan kepada para paderi, dan uskup, kata Uskup Agung Julian.

Prelatus itu juga mengenang tiga tahun semasa pandemik, di mana Gereja ditutup namun katanya, melalui semangat dan komitmen para paderi, mereka tetap keluar untuk memberikan pelayanan sakramen kepada mereka yang memerlukan, memberi harapan, mengunjungi orang sakit dan banyak lagi.

Beliau amat menghargai para paderi tersebut yang memberi peluang kepada umat, bertemu dan mengalami sentuhan Yesus.

Beliau meminta para kongregasi: “Doakanlah kami, berjalanlah bersama kami dalam pelayanan kami, dalam kelemahan kami, paderi bukanlah ‘superman’ kami ada kekurangan, terutamanya uskup anda,” katanya dalam nada humor.

Prelatus itu juga mengatakan beliau terbuka menerima kritikan membina dalam membangun Keuskupan Agung Kuala Lumpur.

Sebelum Misa Krisma, terlebih dahulu para paderi menghadiri rekoleksi yang mengingatkan mereka akan peranan mereka sebagai gembala umat.

Dan bagi Uskup Julian sendiri, beliau amat tersentuh dengan soalan renungan, “Adakah saya seorang paderi yang baik?”

Beliau mengakui, dia hanyalah manusia biasa yang mungkin telah banyak mengecewakan harapan orang lain dan memohon umat agar tidak berhenti berdoa baginya dan bagi para paderi.

Selepas homili, para paderi memperbaharui komitmen imamat mereka di hadapan Uskup Agung.

Kemudian, tiga orang paderi, membawa minyak Katekumen, minyak untuk orang sakit dan minyak Krisma untuk diberkati oleh Uskup Agung.

Total Comments:0

Name
Email
Comments