Misi khusus dalam pembangunan keluarga
Seramai 23 pasangan dari seluruh Zon Timbang, disahkan perkahwinan mereka dalam Gereja Katolik melalui upacara pemberkatan perkahwinan secara beramai-ramai di Chapel St Hillary Timbang, sebuah stasi luar yang bernaung di Paroki St Edmund, Kota Belud.
Mar 14, 2014
KOTA BELUD: Seramai 23 pasangan dari seluruh Zon Timbang, disahkan perkahwinan mereka dalam Gereja Katolik melalui upacara pemberkatan perkahwinan secara beramai-ramai di Chapel St Hillary Timbang, sebuah stasi luar yang bernaung di Paroki St Edmund, Kota Belud. Upacara ini dipimpin oleh Paderi Paroki iaitu Fr Federick Ben Raymond.
Upacara seumpama ini merupakan kali pertama diadakan di mana sebelum ini, umat cuma menyaksikan upacara pembaharuan janji perkahwinan. 23 pasangan tersebut telah berkahwin secara sivil tetapi perkahwinan mereka masih belum diberkati di dalam Gereja Katolik.
Dalam homili Fr Federick, beliau berkata kepada para pasangan bahawa meskipun perkahwinan yang didaftarkan di pejabat kerajaan adalah sah dari segi undangundang namun ia masih belum sah dalam Kanon Gereja Katolik. Sakramen Perkahwinan bagi Gereja Katolik bersifat kesatuan dan tidak boleh dipisahkan melainkan kematian.
Salah satu pasangan iaitu En Donald Anjum bersama isterinya Pn Dionnysia Ropinah, yang sudah berkahwin lebih dari 30 tahun, berasa sungguh gembira kerana akhirnya perkahwinan mereka diperakui dalam Gereja Katolik. Wakil pasangan ini mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Paderi Paroki dan semua AJK yang bertugas dalam menjayakan upacara ini.
Pengerusi Zon Timbang, E. Thomas Dali, dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan upacara pemberkatan perkahwinan tersebut. Para pasangan yang baru diberkati, diraikan dalam acara pemotongan kek, bergambar bersama dan makan bersama. -- Jennifer Tining
Total Comments:0