Misteri Paskah ungkap penyelamatan agung Yesus!

Dalam pesan Paskahnya, Presiden para Uskup Katolik Malaysia, Uskup Agung Simon Poh menekankan pewartaan teras iman Kristian: “Alleluia, Kristus telah wafat. Kristus telah bangkit!” pada musim Paskah ini.

Apr 18, 2025


KUCHING:
Dalam pesan Paskahnya, Presiden para Uskup Katolik Malaysia, Uskup Agung Simon Poh menekankan pewartaan teras iman Kristian: “Alleluia, Kristus telah wafat. Kristus telah bangkit!” pada musim Paskah ini.

Inti pati iman ini diucapkan setiap kali semasa Misa Kudus, semasa paderi mengungkapkan misteri iman, kita akan menjawab, “Wafat-Mu kami wartakan kebangkitan-Mu kami muliakan hingga Engkau datang,” yang merupakan misteri Paskah: kematian, pengebumian, dan kebangkitan Yesus Kristus — rancangan Tuhan untuk menyelamatkan manusia.

Tridum Paskah
Tiga hari Tridum: Perjamuan Terakhir pada Khamis Putih, apabila Yesus makan Paskah bersama dengan murid-muridnya; Jumaat Agung, memperingati kematian-Nya di Salib, dan Vigil Paskah meraikan kebangkitan- Nya.

“Semua ini,” kata prelatus itu, “bukan sesuatu yang kita dapati sendiri — ia telah diturunkan kepada kita melalui Kristus dan dengan mempercayai dia, kita menjadi kehidupan sejati.”

Misteri Paskah, menawarkana karunia hidup kekal
Menceritakan pengalaman peribadinya ketika menghadapi kematian bapanya pada bulan Mac lalu, Uskup Agung Simon menerima perkhabaran duka bahawa bapanya meninggal dunia di Sabah.

Beliau berangkat ke Sabah dan memimpin Misa pengebumian dan pembakaran mayat bapanya. Abu itu kemudian, dibawa kembali ke Kuching untuk Misa Requiem dan abu bapanya ditempatkan di Kolumbarium Gereja St Peter.

Uskup Agung Simon menyatakan bahawa hubungan kehidupan dan kematian yang tidak dapat dielakkan. Namun, kehidupan dan kematian adalah lebih bermakna melalui kepercayaan dalam misteri Paskah iaitu kematian dan kebangkitan Yesus menawarkan karunia kehidupan kekal.

Sabda Penghiburan Yesus
Kata-kata Yesus dari Injil yang bergema secara mendalam pada setiap upacara pengebumian begitu menghiburkan: “Akulah kebangkitan dan kehidupan. Mereka yang percaya kepada-Ku, walaupun mereka mati, akan hidup" (Yohanes 11:25).

Prelatus itu mengingatkan umat beriman bahawa dalam setiap Misa dan pengebumian, umat Katolik diperkayakan oleh sabda Yesus,

“Aku roti hidup yang turun dari syurga. Sesiapa yang makan roti ini akan hidup selamalamanya” (Yohanes 6:51).

Pesan iman dan sukacita Pada akhir pesannya, Uskup Agung Kuching itu mengajak umat memperbaharui kepercayaan kepada Tuhan yang Bangkit.

Marilah kita bersukacita bahawa dosa dan kematian telah dikalahkan. Dan marilah kita hidup sebagai orang-orang yang Bangkit sambil memperhatikan cahaya Kristus dengan dunia yang memerlukan harapan.

Semoga kegembiraan Paskah mengisi hati kita, dan semoga kita suatu hari nanti mendengar kata-kata indah daripada Tuhan kita, ‘Syabas, wahai hamba yang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit. Aku akan memberimu kuasa mengendalikan yang banyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.’ (Matius 25:23).

Total Comments:0

Name
Email
Comments