Negara Arab haramkan filem “Noah”

Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu melarang tayangan filem “Noah” yang mengisahkan tentang Nabi Nuh serta membina Bahtera

Mar 21, 2014

DOHA: Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu melarang tayangan filem “Noah” yang mengisahkan tentang Nabi Nuh serta membina Bahtera. Menurut Universiti al-Azhar, Kaherah, institusi akademik dalam Islam Sunni menyatakan bahawa filem itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam, maka penayangannya adalah diharamkan.

Menurut pengeluar filem tersebut, Paramount, negaranegara Arab Islam yang lain akan menuruti langkah tiga negara Teluk tersebut. Kemungkinan Mesir, Yordan dan Kuwait akan mengharamkan filem tersebut. Malah pihak berkuasa di Pakistan, Tunisia dan Moroko mempunyai keraguan tentang filem tersebut. Al-Azhar menegaskan bahawa produksi Hollywood tersebut melanggar prinsip bahawa seorang nabi Islam tidak boleh digambarkan dalam seni.

Filem “Noah” juga telah mengundang beberapa kritikan dari institusi Kristian di Amerika Syarikat. Darren Aronofsky, pengarah filem itu, mengeluarkan kenyataan bersama dengan U.S. National Religious Broadcasters menyatakan bahawa filem itu didramakan daripada kisah dalam Kitab Suci, bukan pembacaan mendalam Alkitab. --Asianews

Total Comments:0

Name
Email
Comments