Orang sakit, mengajar kita berbelas kasihan

Dalam homilinya untuk Jubli Orang Sakit dan Perawat Orang Sakit, pada April 5 dan 6, Sri Paus Fransiskus memetik inspirasi daripada Nabi Yesaya.

Apr 18, 2025


VATIKAN:
Dalam homilinya untuk Jubli Orang Sakit dan Perawat Orang Sakit, pada April 5 dan 6, Sri Paus Fransiskus memetik inspirasi daripada Nabi Yesaya.

Dalam khutbahnya, yang dibaca dengan kuat oleh Uskup Agung Rino Fisichella, Bapa Suci mengajak umat beriman untuk merenungkan keadaan orang Israel semasa dalam pembuangan. “Ia seolah-olah semuanya hilang tetapi ia adalah percubaan yang membawa mereka ke negara baharu.”

Bapa Suci membandingkan pengalaman ini dengan wanita dalam bacaan Injil hari itu, yang telah dikutuk dan dihina kerana dosa-dosanya.

Penuduhnya, bersedia untuk membuang batu, tetapi terhenti kerana kata-kata berkuasa Yesus. Yesus kemudian berkata kepada wanita berdosa itu, “Pergilah, anda bebas, anda diselamatkan.”

Berdasarkan kisah itu, Bapa Suci mengatakan bahawa “Tuhan tidak menunggu kehidupan kita menjadi sempurna sebelum Dia campur tangan di dalamnya. Sebaliknya, Tuhan merawat luka kita memasuki hati kita. Dia tidak mengetuk pintu hati kita kerana kita menderita tetapi kerana Dia mahu selalu tinggal di dalam hati kita.”

Penyakit dan penjagaan
Kepada orang yang sakit dan kepada semua orang yang membantu mereka, Sri Paus mengakui penderitaan yang mendalam kerana penyakit.

“Rasa sakit boleh membuatkan kita berasa seperti orang-orang dalam pembuangan ... atau seperti wanita dalam Injil,” katanya.

“Namun sakit juga boleh menjadi tempat pertemuan, “sekolah” untuk kita belajar mencintai dan disayangi dengan kerendahan hati serta rahmat.”

Bapa Suci Fransiskus kemudian mengatakan penyakit tidak harus dianggap sebagai beban, tetapi sebagai pengajaran dalam kepercayaan, rasa syukur dan harapan. “Marilah kita tidak menolak untuk dijaga. Marilah kita membenarkan diri kita disayangi.”

Kepada para profesional penjagaan kesihatan, Bapa Suci mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kerja mereka dan menggalakkan mereka menerima setiap pesakit sebagai peluang memperbaharui rasa kemanusiaan.

“Katil untuk orang sakit boleh menjadi tempat yang suci, yang membakar sikap acuh tak acuh dan menyuburkan rasa terima kasih serta harapan.” --Media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments