Paderi harus jadi pengaku dosa yang berbelas kasihan

Semasa bertemu dengan para Paderi di Keuskupan Roma pada Mac 6 lalu, Paus Fransiskus menyentuh mengenai Sakramen Pengakuan serta menyeru para Paderi agar memperlihatkan belas kasihan Kristus kepada umat beriman melalui Sakramen itu.

Mar 14, 2014

VATIKAN: Semasa bertemu dengan para Paderi di Keuskupan Roma pada Mac 6 lalu, Paus Fransiskus menyentuh mengenai Sakramen Pengakuan serta menyeru para Paderi agar memperlihatkan belas kasihan Kristus kepada umat beriman melalui Sakramen itu. “Adakah anda meratap untuk orang-orang anda?

Adakah anda berjuang bersama Tuhan demi orang-orang anda seperti perjuangan Abraham?” tanya Bapa Suci kepada para Paderi sambil mengajak mereka untuk menunjukkan kemurahan hati kepada umat beriman.

Katanya lagi, “Paderi yang dingin, tidak mesra dan kaku tidak akan dapat membantu mengembangkan Gereja.”

Prelatus itu menerangkan bahawa, “Belas kasihan bukan sahaja mengenai perasaan simpati tetapi ia pertama-tama, menjaga serta merawat luka-luka.

“Seorang Paderi yang mempunyai belas kasihan ialah mereka yang mengutamakan Sakramen Pengakuan kerana melalui sakramen ini, ia mengandungi belas kasihan Tuhan dan Paderi tersebut yang amat mulia.”

Sangti Papa juga menerangkan bahawa untuk menjadi seorang Paderi yang baik, haruslah mengikut tauladan Kristus yang selalu dapat mengesan, “ramai orang yang letih dan lesu, seperti domba tanpa gembala.

“Paderi yang baik ialah mereka yang menjaga umat dengan melihat kelemahan mereka lalu membantu mereka mengatasi serta merawat kekurangan itu. ‘Rawatan’ dan penjagaan sedemikian ditawarkan melalui Sakramen Pengakuan.

“Melalui Sakramen Pengakuan, seorang Paderi dapat menunjukkan belas kasihan, memberi nasihat, mendengar dan memberi pengampunan dosa. Inilah nilai-nilai mulia seorang Pengaku dosa yang berbelas kasihan dan baik,” tegas Paus Fransiskus.

Tambah Sangti Papa lagi, “Sakramen Pengakuan menyediakan akses kepada belas kasihan Tuhan. “

Saya percaya, setiap Paderi mempunyai pelbagai cara dalam memberikan pengakuan tetapi elakkan sikap terlalu santai iaitu sikap yang tidak acuh, malas mendengar serta terlalu tegas.

“Kedua-dua sikap ini tidak akan dapat membantu seorang umat untuk berubah, merawat luka-luka mereka dan tidak akan dapat merasai belas kasihan Tuhan.” -- CWN

Total Comments:0

Name
Email
Comments