Paus Fransiskus ‘‘risau’’ penyakit keberhalaan wang di kalangan kaum muda
Paus Fransiskus ‘‘risau’’ penyakiit keberhalaan wang di kalangan kaum muda
Mar 14, 2014
VATIKAN: Dalam khutbah hariannya, Paus Fransiskus menyentuh mengenai ramai belia yang terlalu 'terikat' dengan keduniaan sehingga tidak menjawab panggilan Tuhan.
Bapa Suci menyeru para umat agar mendoakan kaum muda ini agar 'mengosongkan' diri mereka agar dapat menjawab panggilan suci Tuhan dengan kemurahan hati.
“Kita harus berdoa kepada kaum muda ini agar hati mereka 'kosong' atau tidak diisi dengan keinginan-keinginan duniawi serta sentimen lain. Semoga mereka bebas daripada ketaksuban terhadap material duniawi yang tidak kekal,” ujar Paus Fansiskus pada Mac 3 lalu.
Prelatus itu memberi renungan tentang serang pemuda kaya dalam Injil Markus, di mana tidak sanggup menerima ajakan Yesus untuk mengikuti Dia kerana tidak dapat hidup tanpa harta miliknya.
Menurut Bapa Suci, "Pemuda itu seorang yang baik, taat dan setia kepada perintah-perintah Tuhan. Tetapi, dia tidak sanggup meninggalkan harta miliknya dan mengikut Tuhan."
Namun, Roh Kudus mendorong pemuda ini agar datang kepada Yesus. Apabila Yesus meminta pemuda itu untuk menjual segala harta bendanya, memberikannya kepada orang-orang miskin seterusnya mengikuti Yesus, pemuda itu meninggalkan Yesus. Meskipun pemuda itu berasa tidak tenang kerana panggilan Roh Kudus yang melonjak-lonjak dalam hatinya, "tetapi hatinya dikuasai oleh keinginan duniawi sehingga tidak berani untuk menjawab "ya" kepada Yesus."
"Pemuda itu lebih memilih wang. Hatinya dipenuhi dengan keinginan menjadi lebih kaya dan memiliki lebih banyak wang. Dia bukanlah pencuri atau merampas harta benda lain.
Dia memperoleh semua kekayaan itu dengan usahanya sendiri. Tetapi hatinya terlalu 'terikat' kepada wang, hatinya terpenjara kerana sudah tidak bebas untuk memilih. Wang telah menjadi tuannya.”
Paus Fransiskus juga menegur bahawa ramai belia yang tidak malu dan segan untuk bertelut di hadapan Yesus dan memperlihatkan iman mereka tetapi hati mereka dipenuhi oleh keinginan duniawi serta tidak berani untuk mengosongkan hati mereka hanya untuk Yesus, mereka tidak berani menyahut panggilan Tuhan, bagi mereka kegembiraan adalah berkaitan dengan wang, panggilan Tuhan adalah menyedihkan bagi mereka.
“Marilah kita mendoakan kepada para belia ini agar hati mereka dikosongkan daripada keinginan serta kecenderungan memiliki wang yang banyak. Semoga hati mereka dikosongkan daripada kegemaran, keinginan dan sentimen yang tidak berkaitan dengan Tuhan agar mereka bebas serta sukacita apabila menerima panggilan Tuhan.”
Paus Fransiskus juga mengajak hadirin yang menyertai Misa Kudus harian untuk melafazkan doa panggilan seperti berikut, "Tuhan, utuslah kepada kami para rahib dan Paderi, lindungilah mereka daripada keberhalaan yang sia-sia, keberhalaan kesombongan, keberhalaan kuasa dan keberhalaan wang.” -- CNA
Total Comments:0