Pengampunan: Ubat terbaik menyembuhkan kesakitan keluarga
Perubatan terbaik untuk menyembuhkan kesakitan keluarga yang cedera adalah pengampunan, kata Sri Paus Fransiskus.
Mar 15, 2025

TAKHTA SUCI: Perubatan terbaik untuk menyembuhkan kesakitan keluarga yang cedera adalah pengampunan, kata Sri Paus Fransiskus. “Pengampunan selalu memperbaharui keluarga, memberi sinar harapan,” kata Bapa Suci dalam pesan video untuk menyampaikan doanya pada bulan Mac: “Bagi keluarga yang sedang berada dalam krisis.”
Video yang direkodkan beberapa minggu sebelum beliau dirawat di hospital pada Februari 14 dan dikeluarkan pada Mac 4, tidak seperti rakaman biasa Sri Paus yang duduk di meja untuk membaca mesej sebaliknya hanya menggunakan suaranya untuk naratif.
Nampaknya ini bukanlah sesuatu yang pelik untuk menerbitkan rakaman video Bapa Suci Fransiskus yang sebelum ini direkodkan sementara beliau sedang menjalani rawatan di hospital, kata seorang pegawai rangkaian doa kepada Agensi Berita Katolik pada Mac 4.
Tidak ada gambar Sri Paus yang diambil dan diterbitkan semasa beliau dirawat di rumah sakit.
Bahagian akhir pada video itu berbunyi, “Video ini dirakam beberapa minggu sebelum. Mari kita berdoa bersama Sri Paus Fransiskus di clicktopray.org.”
Dalam pesannya, Sri Paus Fransiskus mengatakan, “Kita semua mengimpikan sebuah keluarga yang indah dan sempurna serta kebahagiaannya yang luar biasa.”
“Setiap ahli keluarga adalah penting kerana setiap ahli adalah berbeza daripada yang lain, setiap orang adalah unik. Tetapi perbezaan ini juga boleh menyebabkan luka konflik dan menyakitkan,” katanya.
“Ubat-ubatan terbaik untuk membantu menyembuhkan luka kesakitan ialah pengampunan,” jelas Sri Paus Fransiskus.
Tambahnya, “Pengampunan bermakna memberi peluang lain. Tuhan melakukan ini dengan kita sepanjang masa. Kesabaran Tuhan tidak terhad. Dia memaafkan kita, memberi kita permulaan yang baharu.”
“Dalam keluarga, tidak akan sama seperti kisah dongeng yang berakhir dengan “bahagia selama-lamanya”, tetapi rahmat Tuhan memberi kita kekuatan untuk memaafkan dan membawa keamanan, kerana pengampunan dapat membebaskan kita dari kesedihan dan kebencian.”
“Mari kita berdoa agar keluarga yang hancur dapat menemukan ubat untuk luka mereka melalui pengampunan, menemukan kembali kelebihan satu sama lain, bahkan dalam perbezaan mereka,” katanya. --Ucanews.com
Total Comments:0