Pengiktirafan untuk wirawati perang dunia II Malaysia
Sempena Hari Wanita Antarabangsa pada Mac 8, Kedutaan Malaysia di Paris merayakan warisan Sybil Medan Kathigasu (1899-1948), seorang wirawati Perang Dunia II.
Apr 12, 2025

PULAU PINANG: Sempena Hari Wanita Antarabangsa pada Mac 8, Kedutaan Malaysia di Paris merayakan warisan Sybil Medan Kathigasu (1899-1948), seorang wirawati Perang Dunia II.
Tuan Yang Terutama Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Perancis, menyampaikan kata-kata tentang memoir “No Dram of Mercy” (1954) yang telah mendapat pengiktirafan global dengan terjemahan ke bahasa Perancis baru-baru ini.
Memoir itu juga telah diterjemah[1]kan dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Jepun. Pada tahun ini juga, ter[1]jemahan Bahasa Melayu juga telah selesai. Sybil Kathigasu adalah se[1]orang wirawati sejati, terkenal den[1]gan keberaniannya semasa pendudu[1]kan Jepun di Malaya. Ketahanan dan pengorbanannya menyebabkan[1]nya menjadi satu-satunya wanita Malaysia yang dianugerahkan Pingat George Crown British di Istana Buckingham.
Memoirnya dengan jelas menceri[1]takan pengalamannya yang mengeri[1]kan dan mencerminkan semangatnya yang waja. Majlis itu juga mem[1]beri tumpuan kepada penyelidikan kontemporari Prof Elsa Lafaye de Micheaux (Inalco, Paris).
Beliau menjemput Dr Jean[1]Charles Khalifa, bekas pensyarah senior bahasa Inggeris dan linguistik di University of Poitiers, Perancis dan Madame Hélène Poitevin (Koleksi Asia Kampus Condorcet, Perancis) untuk bekerjasama dalam menyampaikan pelbagai aspek Sybil Kathigasu dan memoirnya.
Bersama-sama, mereka mem[1]berikan pandangan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis.
Dalam segmen akhir, para pencer[1]amah memberi penghormatan ke[1]pada keberanian Sybil sepanjang hidupnya, serta mengakui kebera[1]nian anak perempuannya, Dawn Kathigasu.
Mereka membincangkan pener[1]bitan buku Sybil dan perjalanan editorialnya, meneroka evolusinya melalui masa, kenangan dan bahasa. Diplomat Malaysia Priscilla Ann Yap mengatakan kesan abadi Sybil di Malaysia hari ini, antara lain ialah proses beatifikasinya.
Dalam buku “Agent of Change – Essays on the life and times” oleh Uskup Agung Emeritus Tan Sri Mur[1]phy, sebuah bab didedikasikan untuk Sybil, bertajuk “Mencari Santa untuk Malaysia.”
Manakala pada Julai 1, 2024, Kardinal Sebastian Fransis, Uskup Keuskupan Pulau Pinang, secara rasminya melancarkan proses beati[1]fikasi Sybil Kathigasu.
Kardinal Sebastian juga bakal melancarkan buku terjemahan Bahasa Melayu buku, bertajuk Kenangan Luka dan ditulis oleh Fahmi Mustafa, “Kenangan Luka” pada Julai 29, di dewan paroki Gereja St Michael di Ipoh, Perak.
Tempat pelancaran itu dipilih se[1]bagai penghormatan kepada Sybil Kathigasu yang berdedikasi mer[1]awat untuk orang sakit di bandar Papan, Perak, sebuah tempat yang berhampiran dengan paroki St Michael. Sybil meninggal du[1]nia pada Jun 12, 1948, di Scot[1]land. Jenazahnya digali semula dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Katolik di sebelah Gereja St Michael.
Total Comments:0