Pentahbisan Henry Umar sebagai diakon

Gereja St Stephen bersukacita apabila seorang pemuda dari paroki itu ditahbis sebagai Diakon baru-baru ini.

Mar 15, 2025


BAU:
Gereja St Stephen bersukacita apabila seorang pemuda dari paroki itu ditahbis sebagai Diakon baru-baru ini.

Seminarian Henry Umar ditahbis oleh Uskup Agung Simon Poh, disaksikan lebih 1,000 orang umat. Anak lelaki kepada pasangan mendiang Umar Anak Ngoyang dan Jitim Anak Nyayog, Diakon Henry merupakan anak kesembilan dari sepuluh orang adik beradik. Perjalanan iman beliau bermula dengan tahun-tahun pembentukan di Kota Kinabalu, Kolej General Pulau Pinang, dan Kolej Sto Petrus, Kuching.

Beliau telah menjalani latihan pastoral di St Jude Bunan/ Tebedu, St Theresa Serian, Our Lady Queen of Peace, Sri Aman, Blessed Sacrament, Katedral St Joseph, St Matthew Sibuluh dan kini berada di Holy Spirit, Lundu. Selepas Misa, makan malam kesyukuran diadakan di Dewan Fr Joachim Pang. Makan malam itu menyaksikan usaha kolektif dari 49 Gereja di bawah naungan paroki St Stephen. --Today’s Catholic

Total Comments:0

Name
Email
Comments