Penulis Berkicau: Nasib Syria

Dalam sejarah Alkitab, Syria merujuk kepada wilayah sekitar Damaskus, sebelah utara Israel, dengan Laut Tengah di sebelah barat, manakala dalam Perjanjian Lama dikenali sebagai Aram.

Mar 28, 2025


Dalam sejarah Alkitab, Syria merujuk kepada wilayah sekitar Damaskus, sebelah utara Israel, dengan Laut Tengah di sebelah barat, manakala dalam Perjanjian Lama dikenali sebagai Aram.

Daud menaklukinya (2 Sam. 8:5), tetapi pada waktu Israel dan Yehuda berpecah, wilayah itu menjadi bebas dan berulang kali mengancam Israel. Tetapi, Syria dan Israel pernah bersepakat untuk memaksa raja Yehuda (Yes. 7) melawan Asyur.

Syria tidak disebut lagi sampai zaman kerajaan Yunani (dan kemudian Romawi). Kota utamanya, Antiokhia, di sungai Orontes menjadi ibu kota dari kerajaan Seleukid, apabila orang Makabe memberontak pada tahun 165 SM. Roma menjadikan Syria sebuah wilayah dan agama Kristian yang dengan cepat menyebar ke Antiokhia (Kis. 11:19-26). Di situlah pula anggota Gereja pertama- tama disebut ‘orang Kristian’ dan di situ pula Petrus dan Paulus bertegang urat (Gal. 2:11).

Sekarang ini, apa yang terjadi pada Syria? Syria kekal di antara krisis kemanusiaan yang paling buruk di dunia. Laporan baru-baru ini mengenai Dana Kanak-kanak PBB pada Mac 18, 100 hari selepas pemerintahan presiden jangka panjang Syria, Bashar al-Assad tiba-tiba runtuh pada Disember 8, tahun lepas, selepas beberapa dekad keluarganya memerintah.

UNICEF mendakwa bahawa 16.7 juta orang , termasuk 7.5 juta kanak-kanak, yang memerlukan di negara yang dibelenggu. Lebih-lebih lagi, ia menyatakan bahawa lebih daripada 7.4 juta orang kanak-kanak di Syria, kehilangan tempat tinggal.

Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah tempat- tempat yang pernah ditulis dalam Kitab Suci, tidak terlepas daripada perang.

Perang kelihatan lebih tidak masuk akal. Kelemahan manusia mempunyai kuasa untuk menjadikan kita lebih jelas tentang apa yang bertahan dan apa yang berlalu, apa yang membawa kehidupan dan apa yang membunuh. Mungkin atas sebab ini, kita sering cenderung untuk menafikan batas dan mengelakkan orang yang rapuh dan cedera: mereka mempunyai kuasa untuk mempersoalkan arah yang kita pilih, sama ada sebagai individu dan sebagai masyarakat.

Saya tertarik dengan semangat Sri Paus Fransiskus yang meskipun sedang menerima rawvatan di hospital kerana kesukaran bernafas, namun beliau tidak henti-henti menyeru perdamaian, mengakhiri peperangan dan genjatan senjata.

Pada Mac 18 lalu, akhbar harian Itali, "Corriere della Sera" telah menyiarkan surat daripada Sri Paus Fransiskus. Surat itu sebenarnya sebagai balasan penghargaan kepada akhbar tersebut yang menyokong serta mendoakan Sri Paus Fransiskus dalam kesihatannya yang merosot.

Namun, Bapa Suci yang sedang sakit itu tetap tidak lupa menyelitkan kata-kata seruan khususnya pengamal media agar mempromosikan keamanan, menjaga kata, menjaga penulisan untuk menjaga alam sekitar serta mengakhiri peperangan.

Sri Paus Fransiskus mengakui, pengamal media mempunyai kuasa untuk mendamaikan, bertoleransi, mempromosi dialog dan memperkuat persaudaraan antara sesama.

Total Comments:0

Name
Email
Comments