Penulis Berkicau: Wanita Harapan

Bagi saya, Hari Wanita bukan hanya pada Mac 8 sahaja. Hari Wanita adalah perayaan sehari- hari bagi para wanita kerana ia bukan sekadar satu sambutan, tetapi juga satu simbol perjuangan hak kesaksamaan gender dan keadilan sosial bagi wanita.

Mar 22, 2025

Bagi saya, Hari Wanita bukan hanya pada Mac 8 sahaja. Hari Wanita adalah perayaan sehari- hari bagi para wanita kerana ia bukan sekadar satu sambutan, tetapi juga satu simbol perjuangan hak kesaksamaan gender dan keadilan sosial bagi wanita.

Pada tahun ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan tema global “For ALL women and girls: Rights. Equality. Empowerment” (Demi SELURUH wanita dan gadis: Hak, Kesaksamaan dan Pemerkasaan).

Tema ini menekankan kepentingan memberikan hak, kesaksamaan dan pemberdayaan kepada semua wanita dan gadis tanpa pengecualian. Sudah tentu, demi menyeru tindakan konkrit untuk memastikan akses yang sama rata dalam semua aspek kehidupan, termasuk pendidikan, pekerjaan, dan penyertaan dalam proses membuat keputusan maka hal ini tidak seharusnya diperhatikan pada Mac 8 sahaja.

Saya gembira dengan Gereja Katolik di seluruh dunia turut merayakan Hari Wanita. Saya baharu menyertai Seminar sempena Hari Wanita yang mengangkat tema Tahun Jubli tahun ini iaitu Wanita Harapan.

Saya berbangga dengan para wanita Katolik Malaysia yang semakin sedar akan isu-isu melibatkan wanita. Mungkin adalah baik juga semasa perayaan itu untuk memberi penghargaan kepada wanita-wanita hebat yang telah memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan dalam penyebaran agama Katolik.

Di peringkat antarabangsa, saya amat tertarik dengan Rangkaian Anti-Pemerdagangan Manusia yang diberi nama Talitha Kum yang bertindak untuk menangani masalah pemerdagangan manusia khususnya dalam kalangan gadis muda.

Baru-baru ini, saya mendapat tahu bahawa mereka telah menerbitkan filem pendek mereka yang menyerlahkan keperluan untuk membantu gadis-gadis di Afghanistan belajar membaca dan menulis.

Tahukah anda, 3.7 juta kanak-kanak di Afghanistan tidak menghadiri sekolah dan 60% daripadanya adalah kanak-kanak perempuan.

Saya bersyukur kerana negara kita sangat makmur dan rakyatnya mendapat pelbagai manfaat.

Namun ini tidak bermakna kita bebas daripada isu keganasan terhadap wanita, misalnya gangguan seksual di tempat kerja atau menjadi mangsa perbuatan menghendap. Lebih malang lagi, wanita yang menjadi mangsa, sering dituduh penyebab kepada gangguan-gangguan tersebut.

Wanita Malaysia cantik, elegan, pintar, kuat, berdaya tahan dan rajin, namun para wanita ini juga sangat terdedah dengan bahaya dan ancaman.

Seorang mengangkat tanggungjawab sebagai seorang ibu yang bekerja keras demi, sebagai anak yang taat kepada ibu bapa, sebagai isteri yang sanggup berkorban, sebagai adik dan kakak yang menyayangi adik beradiknya.

Semoga pada Tahun Jubli ini, kita menjadi Wanita Katolik Harapan cinta, pelayanan, pengampunan dan penyembuhan untuk wanita di setiap benua dunia.

Total Comments:0

Name
Email
Comments