Penulis jemputan Berkicau: Kebajikan Kristian

Adalah kebajikan Kristian untuk mendoakan seseorang yang sedang sakit atau menderita. Meskipun dalam rawatan perubatan, Sri Paus Fransiskus tidak berhenti untuk prihatin terhadap isu-isu global yang mempengaruhi kita, memeluk dan menanggung penderitaan kemanusiaan sebagai miliknya sendiri.

Mar 08, 2025


Adalah kebajikan Kristian untuk mendoakan seseorang yang sedang sakit atau menderita. Meskipun dalam rawatan perubatan, Sri Paus Fransiskus tidak berhenti untuk prihatin terhadap isu-isu global yang mempengaruhi kita, memeluk dan menanggung penderitaan kemanusiaan sebagai miliknya sendiri.

Dia telah berhadapan, menangani dan mempromosikan isu-isu konkrit ini, memupuk semangat pastoral yang memberi manfaat kepada kemanusiaan, bahkan ketika menghadapi kritikan dari pada pemimpin dunia dan beberapa pemimpin Gereja.

Skandal penderaan seksual merosakkan imej Gereja. Sri Paus Fransiskus memanggil ini “Scourge atau wabak yang dahsyat di Gereja.” Prelatus itu memberi tumpuan kepada menangani penyalahgunaan kanak-kanak di bawah umur.

Bapa Suci menyatakan dengan jelas, “Kegagalan untuk bertindak dengan baik untuk menghentikan kejahatan ini dan membantu mangsa-mangsa untuk pulih daripada trauma mereka” (Bapa Suci Fransiskus, ucapan kepada Komisi Kepausan untuk Perlindungan Kanak-Kanak, 2023).

Kita juga harus menghargai usaha Sri Paus Fransiskus yang secara konsisten menunjukkan komitmen mendalam kepada penjagaan pendatang atau migran.

Para pendatang ini merupakan mereka yang melarikan diri daripada konflik di negara asal. Bapa Suci menekankan martabat mereka, menyatakan, “pendatang tidak dilihat sebagai berhak seperti orang lain untuk mengambil bahagian dalam kehidupan masyarakat, dan dilupakan bahawa mereka memiliki martabat intrinsik yang sama seperti mana-mana orang” (Fratelli Tutti, 39).

Walaupun ramai yang berat sebelah tentang pendatang , Bapa Suci setia memperjuangkan mereka. Beliau baru-baru ini mengutuk pengusiran besar-besaran golongan pendatang tanpa izin di Amerika Syarikat, yang turut digemakan oleh para Uskup Amerika Syarikat.

Prelatus itu meng gesa, “Saya menasihati semua umat beriman Katolik, dan semua lelaki dan wanita yang baik, agar tidak mendiskriminasi dan menyebabkan penderitaan kepada saudarasaudari migran dan pelarian kita.

Dengan amal dan keikhlasan, kita dipanggil untuk hidup dalam perpaduan dan persaudaraan, untuk membina jambatan yang membawa kita lebih dekat bersama-sama, untuk mengelakkan dinding pemisah ...” (Bapa Suci Fransiskus, surat kepada uskup Amerika Syarikat, Februari 10, 2025).

Sri Paus Fransiskus tidak pernah berhenti menegaskan keamanan sebagai penyelesaian utama untuk peperangan di seluruh dunia. Beliau lantang bersuara dan terus berseru untuk menamatkan peperangan antara Ukraine dan Rusia dan antara Israel dan Hamas, serta konflik serantau di Timur Tengah , Afrika dan Asia . D ia menuntut negaranegara dan institusi bersatu berhenti membekalkan senjata perang, yang mengekalkan penderitaan bencana mereka yang terjejas.

Pada masa artikel ini ditulis, Bapa Suci masih lagi berada di Hospital Gamelli namun beliau terus memberi inspirasi kepada kita untuk bersolidariti dengan yang miskin, lemah dan terabai. Walaupun tidak sihat, Sri Paus Fransiskus membawa harapan dan belas kasihan kepada dunia. --LiCAS News

Total Comments:0

Name
Email
Comments