Penyelamatan indah Tuhan melalui Sakramen Perkahwinan

Paus Fransiskus amat prihatin akan gejala-gejala yang cuba memecah belahkan institusi keluarga. Maka, prelatus itu menumpukan tema keluarga sempena Sinode para Uskup pada bulan Oktober ini.

Apr 11, 2014

TAWAU (Herald Malaysia): Paus Fransiskus amat prihatin akan gejala-gejala yang cuba memecah belahkan institusi keluarga. Maka, prelatus itu menumpukan tema keluarga sempena Sinode para Uskup pada bulan Oktober ini.

Pelayanan Kehidupan Keluarga Paroki Holy Trinity (HTC) turut menyahut seruan ini dengan menganjurkan sesi sehari, “Penyegaran Komitmen Perkahwinan” bagi 14 pasangan suami isteri, di sebuah stasi luar Paroki HTC iaitu St Stephen Tass Ranggu pada Mac 29 lalu.

Para pasangan itu berkongsi tentang suka duka perkahwinan mereka serta mengeratkan lagi cinta kasih, mengampuni dan lebih memahami antara sesama.

Para peserta juga merasai semangat dan komitmen mereka diperbaharui serta disegarkan dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai sebuah keluarga.

Antara topik yang diberikan pada sesi sehari tersebut ialah “Rencana Tuhan dalam anugerah Perkahwinan”, Sakramen Perkahwinan adalah penyelamatan terindah ditawarkan oleh Tuhan”, “Keperluan Komunikasi dalam Kehidupan Perkahwinan”, “Tanggungjawab yang selalu ‘dilupakan’ oleh suami isteri” dan “Kesucian seks dalam perkahwinan” serta “Doa Pengampunan dan Perdamaian pasangan suami isteri.”kita me

Total Comments:0

Name
Email
Comments