Penziarah Gereja Divine Mercy, berziarah ke Kudat
Seramai 186 umat dari perkumpulan Penziarah Gereja Divine Mercy KKIP melawat ke Pusat Ziarah Gereja Paroki St Peter Kudat pada April 1, yang lalu.
Apr 18, 2025

KOTA KINABALU: Seramai 186 umat dari perkumpulan Penziarah Gereja Divine Mercy KKIP melawat ke Pusat Ziarah Gereja Paroki St Peter Kudat pada April 1, yang lalu.
Ziarah kali pertama ini sempena Tahun Jubli Harapan ini dianjur bersama Komiti Liturgi, Komiti Komunikasi Sosial (SOCCOM) dan Kerasulan Belia Katolik.
Setelah tiba di pusat ziarah, para penziarah menjalani pelbagai aktiviti antaranya, Pentakhtaan Alkitab, doa Jalan Salib, katekesis ringkas sejarah kedatangan khabar sukacita di Borneo Utara yang disampaikan oleh Sr Luziah FSIC.
Sr Luziah memetik dekri Jubli Spes non Confundit (Harapan tidak mengecewakan), bahawa Sri Paus Fransiskus mengajak semua umat beriman untuk selalu berharap, di tengah-tengah ketidak pastian dunia dan masa depan.
Sr Luziah juga turut berpesan kepada para penziarah bahawa perjalanan seorang penziarah bukan hanya melibatkan fizikal tetapi juga mencakup perjalanan spiritual.
Perjalanan ziarah mencerminkan usaha manusia untuk mendekati Tuhan dan mencapai tujuan akhir yang penuh harapan.
Sebagai penziarah harapan, kita diajak untuk terus berjalan dengan penuh keyakinan, tidak berdiam diri dan menjadi tanda kasih bagi dunia. --Stanley Ung
Total Comments:0