Perhimpunan pastoral wilayah Sabah, Mei ini

Perhimpunan Pastoral Wilayah Sabah akan diadakan pada Mei 11-13 di Katedral Sacred Heart, Kota Kinabalu.

Apr 12, 2025


KOTA KINABALU: Perhimpunan Pastoral Wilayah Sabah akan diadakan pada Mei 11-13 di Katedral Sacred Heart, Kota Kinabalu. Dijangkakan seramai 500 perwakilan dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu, Keuskupan Keningau dan Keuskupan Sandakan akan berhimpun dan berdialog bersama dalam menangani keprihatinan pastoral yang dikongsi bersama.

Sejarah singkat kedatangan Khabar Gembira di Sabah
Menurut dokumentasi awal, percubaan misionari pertama untuk memasuki Borneo adalah pada abad ke-7 oleh misionari Nestorian. Walaupun terdapat banyak percubaan misionari untuk menginjil di Pulau Borneo, namun hanya pada abad ke-18, Don Carlos Cuarteron dan melalui kedatangan misionari Mill Hill, agama Kristian mula bertapak di Sabah.

Bermula dengan penubuhan prefektor Apostolik pada September 4, 1885,menjadi Vikariat Apostolik Jesselton pada Februari 14, 1952 akhirnya menjadi Keuskupan Kota Kinabalu pada Julai 25, 1976.

Keuskupan Kota Kinabalu kemudiannya berpecah menjadi dua bahagian iaitu Keuskupan Keningau, pada Februari 2, 1993 dan Julai 16, 2007 sebuah lagi wilayah dijadikan keuskupan iaitu Keuskupan Sandakan.

Keuskupan Kota Kinabalu kemudiannya dinaik taraf menjadi Keuskupan Metropolitan oleh Sri Paus Benediktus XVI pada Mei 23, 2008.

Empat Keprihatinan Pastoral
Peranan para perwakilan dalam PPWS adalah penting untuk membawa perspektif, pengalaman dalam empat bidang keprihatinan pastoral: Keluarga, Gereja, Ekologi dan Masyarakat.

Penyertaan para perwakilan ke PPWS pada bulan Mei ini sangat berharga untuk persiapan menghadiri sebuah lagi perhimpunan besar iaitu Konvensi Pastoral Malaysia 2026 (MPC2026).

Total Comments:0

Name
Email
Comments