Pewartaan kasih bukan di mimbar tetapi keluar ke komuniti

Musim Pra-Paskah 2025 menjadi peluang bagi lebih 100 pelajar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti belas kasihan.

Apr 25, 2025


KUALA LUMPUR:
Musim Pra-Paskah 2025 menjadi peluang bagi lebih 100 pelajar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti belas kasihan.

Pada April 6, lebih daripada 100 pelajar, mengikut kumpulan usia, telah melawat tiga pusat amal yang berbeza.

Pelajar Kateketikal Tingkatan 1 telah dibawa melawat Pusat Berniece iaitu sebuah pusat jagaan warga emas. Di pusat kebajikan itu, 20 pelajar berbual, makan bersama dan menghiburkan para penghuni di pusat itu.

Sementara itu, 39 pelajar dari Tingkatan 2 dan 3 pula mengunjungi PJ Senior Care, sebuah lagi pusat kebajikan untuk warga emas. rumah lain untuk orang tua.

Para pelajar mengambil kesempatan itu untuk mendengar kisah-kisah lama para penghuni di situ dan menyakinkan warga tua di sana, bahawa mereka akan selalu mendoakan serta prihatin dengan mereka.

Seramai 40 pelajar Kateketikal Tingkatan 4 dan 5 pula, membantu pembersihan di Positive Community Life di Batu Arang. Mereka tidak kekok memegang penyapu, mop dan kain lap agar kawasan itu lebih bersih serta ceria.

Pengalaman di tiga tempat berbeza itu, memupuk kesedaran para remaja bahawa pewartaan kasih bukanlah di mimbar sebaliknya harus pergi ke jalan-jalan, rumah dan komuniti!

Total Comments:0

Name
Email
Comments