Pra-Paskah: Pilih satu dosa untuk dihapuskan
Pra-Paskah adalah masa apabila Gereja menjemput kita untuk berpantang daging pada hari Jumaat, Rabu Abu dan Jumaat Agung.
Mar 22, 2025

Pra-Paskah adalah masa apabila Gereja menjemput kita untuk berpantang daging pada hari Jumaat, Rabu Abu dan Jumaat Agung.
Sesetengah daripada kita mungkin secara bebas membuat keputusan untuk tidak mengambil coklat atau gula-gula untuk keseluruhan Pra-Paskah atau berpuasa lebih pada setiap hari Jumaat.
Mana-mana disiplin Pra-Paskah yang kami tentukan adalah tepat untuk kita, kita perlu ingat bahawa pilihan fizikal ini harus mengingatkan kita tentang realiti rohani yang lebih mendalam.
Gereja mengingatkan kita dengan jelas bahawa mendisiplinkan tubuh dapat membawa kepada “penyembuhan jiwa kita.”
Ini adalah sesuatu yang sering kita lupakan, kerana secara jujurnya, ramai Katolik yang melihat disiplin Pra-Paskah sebagai beban.
Walaupun amal itu sukar, pengorbanan kita bukanlah sia-sia. Sebaliknya, pantang dan puasa dapat mendorong kita untuk melihat sendiri aspek-aspek kehidupan yang kita perlukan untuk berkembang.
Pilih satu dosa untuk dihapuskan
Pada musim Pra-Paskah ini, pilihlah kelemahan atau dosa kita yang harus dihapuskan.
Harus diingat bahawa kerana tiada seorang pun daripada kita sempurna, hampir mustahil untuk menjauhkan diri dari semua dosa semasa di bumi ini. Kita tidak boleh dapat menghapuskan setiap kecenderungan berdosa dalam masa satu hari.
Apa yang boleh kita cuba lakukan ialah semasa Pra-Paskah, pilih satu dosa kita yang “aktif” untuk dikurangkan atau dihapuskan.
Kita adalah manusia yang lemah tetapi berita baiknya adalah bahawa rahmat Tuhan adalah lautan yang tidak dapat diduga.
Kunci untuk kita adalah terbuka kepada lautan itu dan membuka pintu agar air laut itu dapat membanjiri hati kita. Sebaik sahaja kita dapat berbuat demikian, Tuhan dapat memberi kita keberanian yang diperlukan untuk menghadapi sebarang halangan dan perlahan-lahan menghapuskan pengaruh dosa dalam kehidupan kita.
Ketika kita menempuh Pra-Paskah ini, semoga kita ingat realiti mudah ini dan cuba menjauhkan diri daripada dosadosa tertentu. --Aleteia
Total Comments:0