Pulau Pinang perkaya pengetahuan kateketikal
Komisi Kateketikal Keuskupan Pulau Pinang (PDCC) baru-baru ini telah menjemput Fr Dr Gilbert Choondal SDB, seorang paderi Salesian Don Bosco dari Bangalore, India, untuk menyampaikan sesi bagi katekis penginjil di Keuskupan Pulau Pinang.
Mar 22, 2025

Pulau Pinang: Komisi Kateketikal Keuskupan Pulau Pinang (PDCC) baru-baru ini telah menjemput Fr Dr Gilbert Choondal SDB, seorang paderi Salesian Don Bosco dari Bangalore, India, untuk menyampaikan sesi bagi katekis penginjil di Keuskupan Pulau Pinang.
Fr Gilbert mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman dalam pelayanan kateketikal di India. Beliau memperolehi sijil kedoktoran dalam Kateketik dari Universiti Kepausan Salesian di Roma pada tahun 2001.
Sepanjang kariernya, beliau telah mengajar para seminarian, paderi, kumpulan-kumpulan rohaniwan dan katekis. Beliau juga mempunyai sumbangan luas dalam artikel penerbitan, buku, kit kateketikal dan perintis akhbar Alkitab.
Dua karya pentingnya adalah Readings in Catechetics (Bacaanbacaan dalam Kateketik) dan Manual for the First Holy Communion (Panduan untuk Komuni Pertama).
Di Pulau Pinang, untuk selama dua minggu, Fr Gilbert 28 siri kateketikal di seluruh keuskupan Pulau Pinang, 24 sesi untuk ibu bapa dan tiga sesi untuk para klerus yang sedang melakukan retret bulanan di Stella Maris.
Semasa mengendalikan sesi untuk ibu bapa, Fr Gilbert menekankan bahawa ramai Katolik kehilangan identiti Katolik mereka dan menekankan peranan penting ibu bapa dalam mengekalkan identiti Katolik tersebut kerana ibu bapa adalah katekis utama dalam menyampaikan iman kepada anakanak mereka.
Beliau menyatakan bahawa doa keluarga lebih berkesan untuk menginjil anak-anak berbanding khutbah dalam Misa Kudus atau katekesis dalam kelas agama.
Manakala semasa memberikan sesi kepada para katekis penginjil, Fr Gilbert memberi tumpuan kepada tugas-tugas penting dan tanggungjawab katekis serta membantu mereka mengasah kemahiran dalam penginjilan
Total Comments:0