Putera altar berjalan dalam Iman dan Harapan
Seramai 62 orang pelayan altar dari paroki Sacred Heart dan Gereja St Mark, memperbaharui rohani dan persahabatan dalam Kem Pelayan Altar yang bertema, “Layanilah Tuhan dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu” (Ulangan 10:12).
Mar 15, 2025

KOTA PADAWAN: Seramai 62 orang pelayan altar dari paroki Sacred Heart dan Gereja St Mark, memperbaharui rohani dan persahabatan dalam Kem Pelayan Altar yang bertema, “Layanilah Tuhan dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu” (Ulangan 10:12).
Kem selama tiga hari dan dua malam itu menampilkan pelbagai aktiviti yang membantu para peserta untuk memupuk pertumbuhan rohani dan kerja berpasukan.
Para pelayan altar bersemangat menyertai aktiviti seperti Misa Kudus, permainan dan mempamerkan bakat mereka dalam malam bakat pelayan altar.
Dua bengkel yang dikendalikan oleh Clance dan Fr Ramon Borja, SDB, memberi kefahaman mendalam tentang kesucian pelayanan pelayan altar dan peranan penting mereka dalam liturgi. Walaupun cuaca hujan pada malam pertama, yang menyebabkan pembatalan api unggun, penganjur bertindak pantas memindahkan permainan di dalam dewan, memastikan semangat kegembiraan dan persatuan tidak terganggu.
Kemuncak program dalam kem ini ialah Majlis Penghargaan yang dihadiri oleh Fr Paul Hu, CDD bagi pihak Fr Felix Au. Kem itu diakhiri dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr Felix Au sebagai perayaan. Momen penutup termasuklah penyampaian sijil dan pemberian hadiah sebagai penghargaan kepada para pelayan altar. --Sumber Today’s Catholic
Total Comments:0