Ramai tunggu audiensi pertama Bapa Suci dengan golongan buta, pekak
Bapa Suci Fransiskus merupakan Sri Paus pertama yang akan mengadakan pertemuan dengan orang buta dan pekak.
Mar 21, 2014
VATIKAN: Bapa Suci Fransiskus merupakan Sri Paus pertama yang akan mengadakan pertemuan dengan orang buta dan pekak.
Prelatus itu akan bertemu dengan orang-orang istimewa tersebut pada Mac 29. Ia merupakan pertemuan yang sangat ditunggu-tunggu.
“Saya sangat gembira kerana Paus menyentuh hati dunia dalam mengadakan audiensi dengan orang-orang kurang upaya buat pertama kalinya.
“Kami adalah orang-orang kurang upaya dan ramai orang yang tidak memahami serta tidak menghargai kami,” ujar Jakob Badde kepada CNA pada Mac 10 lalu.
Jakob berasal dari Jerman, anak kepada seorang wartawan Vatikan, Paul Badde, dan merupakan salah seorang anggota komuniti orang pekak yang akan menyertai audiensi bersama Bapa Suci. Audiensi itu akan diadakan di Dewan Paul VI dan Jakob diberitahu bahawa tidak pernah diadakan audiensi rasmi bagi orang-orang pekak bersama Paus sebelum ini.
Jakob menerangkan kepentingan pertemuan tersebut bagi komuniti pekak dan bisu, “Kami hidup gembira, sedih dan selalu berkomunikasi dengan sesama kami. Sebab itulah, pertemuan dengan Paus adalah amat penting.” -- CNA/EWTN
Total Comments:0