Rayakan pengampunan seperti Bapa kepada Anak yang Hilang

Semasa memimpin doa Angelus pada hari Ahad, Mac 23, Paus Fransiskus mengumumkan bahawa Mac 29-30 merupakan “24 jam untuk Tuhan” di mana umat berpeluang untuk berdoa secara khusus dan melakukan Sakramen Pengakuan.

Mar 28, 2014

VATIKAN: Semasa memimpin doa Angelus pada hari Ahad, Mac 23, Paus Fransiskus mengumumkan bahawa Mac 29-30 merupakan “24 jam untuk Tuhan” di mana umat berpeluang untuk berdoa secara khusus dan melakukan Sakramen Pengakuan.

24 Jam untuk Tuhan tersebut dimulakan dengan perayaan liturgi di Basilika Sto Petrus dan Gereja-gereja di pusat bandar Roma dibuka bagi umat untuk berdoa serta melakukan Pengakuan.

“Ia merupakan perayaan pengampunan yang turut dirayakan oleh kebanyakan Keuskupan dan Paroki di dunia,” ujar Paus Fransiskus.

Bapa Suci menyatakan bahawa, "Kita harus merayakan pengampunan yang diberi oleh Tuhan seperti Bapa kepada Anak yang hilang yang merayakan kepulangan anaknya, lalu mengadakan majlis sambutan malah melupakan segala dosa-dosanya.” -- CWN

Total Comments:0

Name
Email
Comments