Rekoleksi para Pembimbing di St Dominic

Komiti Kateketikal Pusat, Gereja St. Dominic, Lahad Datu memulakan tahun baru dengan menganjurkan rekoleksi singkat untuk para pembimbing PMG, PMK, IKD dan IKK sebagai persiapan dalam pelayanan membimbing terutamanya dalam aspek kerohanian.

Apr 03, 2014

LAHAD DATU(Herald Malaysia): Komiti Kateketikal Pusat, Gereja St. Dominic, Lahad Datu memulakan tahun baru dengan menganjurkan rekoleksi singkat untuk para pembimbing PMG, PMK, IKD dan IKK sebagai persiapan dalam pelayanan membimbing terutamanya dalam aspek kerohanian.

Rekoleksi tersebut telah dipimpin oleh Sr Evelyn Tivit FSIC yang baru ditugaskan ke Paroki St Dominic. Sebelum ini, Sr Evelyn pernah bertugas di Keuskupan Agung Kuala Lumpur dan Keuskupan Melaka-Johor.

Seramai 22 orang pembimbing menghadiri rekoleksi tersebut.

Sr Evelyn mengambil petikan dari Injil Lukas 24:13-35 mengenai kisah Yesus menampakkan diri di jalan ke Emaus sebagai bahan renungan dan perkongsian.

Sister menerangkan bahawa petikan tersebut berkaitan dengan kerohanian dan liturgi.

Susulan dari itu, Sr. Evelyn membentangkan soalan bengkel iaitu, “Apakah cabaran sebagai pembimbing dan mengapakah anda masih ingin membimbing?” -- Mary Clare Teneros

Total Comments:0

Name
Email
Comments