Salib Katolik Malaysia bawa harapan Tuhan di seluruh pelosok Sibu
40 orang belia dari Sibu telah hadir untuk perhimpunan Malaysia Catholic Youth Day 2025 (MCYD 2025) pada Mac 31 hingga April 6 lalu di Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
Apr 25, 2025

SIBU: 40 orang belia dari Sibu telah hadir untuk perhimpunan Malaysia Catholic Youth Day 2025 (MCYD 2025) pada Mac 31 hingga April 6 lalu di Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
Selain MCYD, para perwakilan belia ini juga menghadiri upacara Pelancaran Perjalanan Salib Katolik Malaysia yang dirasmikan oleh sembilan orang Uskup/Agung Malaysia pada April 3, di Katedral Sacred Heart, Kota Kinabalu.
Perjalanan Salib Katolik Malaysia merupakan salah satu acara untuk persiapan sebuah konvensyen besar iaitu Perhimpunan Pastoral Malaysia 2026 (MPC 2026). MPC 2026 ialah sebuah acara besar yang bakal menggabungkan sembilan keuskupan/agung di Malaysia buat pertama kalinya.
Pada hari pelancaran tersebut, sembilan Salib telah diberkati. Menurut Uskup Agung Simon Poh, Uskup Episkopal untuk Pelayanan Kampus Malaysia dan Presiden Konferensi Para Uskup Malaysia.
Sembilan Salib itu dibawa kesembilan Keuskupan/Agung untuk dibawa ke setiap paroki, kampung dan komuniti umat Katolik. Prelatus itu juga mengatakan, kaum muda Katolik telah diamanahkan oleh para Uskup Katolik Malaysia untuk memperkenalkan cinta, belas kasihan dan harapan Tuhan kepada semua orang melalui Perjalanan Salib Katolik Malaysia.
Salib Katolik Malaysia kemudiannya dibawa pulang ke Keuskupan Sibu oleh para perwakilan belia yang menyertai MCYD2025.
Pada April 12, para belia dan umat beriman menyambut kedatangan Salib Katolik Malaysia dalam Misa Kudus pada pukul 9.00 pagi di Katedral Sacred Heart, Sibu.
Misa itu dipimpin oleh Uskup Joseph Hii. Turut membantu Uskup Joseph di altar ialah Fr Philip Hu, Friar Raphael Samosir OFM Cap, Friar Francis Go OFM Cap dan Fr Fabian Kong.
Dalam homilinya, Uskup Joseph Hii menggunakan contoh kejadian salib dalam kehidupan kita seperti kematian, penyakit, penderitaan anggota keluarga dan rakan-rakan. Katanya salib sering mempunyai kuasa untuk menyatukan, mempersatukan orang dan keluarga bersama-sama.
“Pada hari ini, salib Yesus Kristus mempunyai kuasa untuk mendamaikan kita kepada Tuhan dan satu sama lain, membawa kita dalam persekutuan sebagai sebuah keluarga besar di bawah rahmat dan kasih Tuhan.”
Prelatus itu menggalakkan semua umat untuk menemui Kristus Yesus, untuk mengalami kasih -Nya tanpa syarat semasa Perjalanan Salib Katolik Malaysia yang akan bergerak ke semua paroki di Keuskupan Sibu, bahkan akan ke chapel dan komuniti umat Katolik.
Selepas Misa Kudus, ratusan belia dan umat datang untuk menghormati dan berdoa di hadapan Salib Katolik Malaysia.
Pada September 2026, Salib-salib itu akan “disatukan” semula pada MPC 2026 di Pusat Majodi, Plentong.
Total Comments:0