Santo milenial, Carlo Acutis dikanonisasi April 27 ini
Kanonisasi Carlo Acutis akan berlangsung pada April 27, 2025.
Apr 12, 2025

VATIKAN: Kanonisasi Carlo Acutis akan berlangsung pada April 27, 2025.
Carlo seorang remaja Itali yang mahir dalam pemprograman komputer, meninggal dunia akibat barah pada tahun 2006.
Beliau terkenal kerana pengabdiannya yang besar kepada kehadiran nyata Yesus dalam Ekaristi.
Sebelumnya, Sri Paus Fransiskus pada November 20, 2024 telah mengumumkan bahawa Carlo Acutis dan Pier Giorgio Frassati, akan dikanonisasi semasa Tahun Jubli yang didedikasikan untuk kaum muda.
Kedua-dua orang kudus ini adalah pemuda Katolik yang dicintai kerana iman mereka yang kuat, dan kesaksian mereka akan kekudusan.
Lahir pada tahun 1991, Carlo adalah milenial pertama yang dibeatifikasi oleh Gereja Katolik.
Tidak lama setelah komuni pertamanya ketika berusia tujuh tahun, Carlo memberitahu ibunya: “Untuk selalu bersatu dengan Yesus: Ini adalah rencana hidupku” iaitu berusaha menghadiri Misa harian di Gereja yang terletak di seberang jalan dari sekolah rendahnya di Milan.
Carlo juga pernah menyebut Ekaristi sebagai, “jalan raya saya menuju syurga”. Kesaksiannya mengilhami ibu bapanya untuk kembali menjalankan iman Katolik! AES
Total Comments:0