Seluruh dunia mendoakan kesihatan Sri Paus Fransiskus

Hujan gerimis akhirnya reda apabila beratus-ratus orang menuju ke Dataran Santo Petrus untuk berdoa rosari bagi Bapa Suci Fransiskus yang dirawat di Hospital Gemelli untuk hari yang ke-11 akibat komplikasi radang paru-paru.

Mar 08, 2025


ROMA:
Hujan gerimis akhirnya reda apabila beratus-ratus orang menuju ke Dataran Santo Petrus untuk berdoa rosari bagi Bapa Suci Fransiskus yang dirawat di Hospital Gemelli untuk hari yang ke-11 akibat komplikasi radang paru-paru.

Kerikil hitam basah bersinar dari cahaya terang yang menerangi air pancut dan hadapan Dataran Sto Petrus, di mana Sri Paus Fransiskus biasanya duduk untuk Audiensi Umum setiap hari Rabu. Imej Mater Ecclesiae — Maria, ikon gergasi Bonda Kristus, dihiasi dengan tumbuhan hijau, bunga putih dan merah jambu.

Sekitar 27 kardinal yang tinggal di Roma dan puluhan anggota Kuria Romawi, duduk di sebelah patung ketika Kardinal Pietro Parolin, Setiausaha Negara Vatikan, berlutut di depan patung itu, mengetuai doa rosari pada Februari 24 pukul 9.00 malam.

Kardinal Pietro pertama-tama berucap kepada umat yang berkumpul, “Selama 2,000 tahun orang Kristian telah berdoa untuk Sri Paus ketika dalam bahaya atau sakit.

“Sejak Bapa Suci Fransiskus dirawat di Hospital Gemelli, doa bertalu-talu telah diangkat kepada Tuhan oleh umat Katolik dan komuniti agama lain di seluruh dunia. Bermula malam ini, kita juga menyertai doa ini secara terbuka dengan berdoa rosari suci.”

Dengan mempercayakan Sri Paus yang berusia 88 tahun itu kepada perlindungan Perawan Maria, “Semoga Bonda kita yang penuh perhatian, menyokong Sri Paus Fransisksus yang sedang sakit dan dalam percubaan ini, membantu mengembalikan kesihatannya dengan segera.”

Di antara pemimpin Katolik yang hadir ialah Kardinal Lazarus You Heung-sik dari Korea, ketua Dikasteri Klerus Vatikan. Sebelum acara itu, Kardinal Lazarus memberitahu pemberita bahawa momen doa itu penting bagi mendoakan Sri Paus dan mereka yang sakit.”

“Sri Paus adalah milik kita,” katanya, sambil menambah di Korea, para klerus dan umat beriman turut berdoa dengan kita,” ujar Fr Lazarus.

Fr Antonio Tunecas, seorang paderi dari Angola yang belajar di Roma, menyatakan bahawa doa adalah cara menjadi keluarga Gereja sejagat, bersatu dengan Sri Paus Fransiskus, bersatu dalam doa, meminta Tuhan, dalam kebaikannya, memberikan kesihatan yang baik kepada Bapa Suci Fransiskus.

Brother Gregory Metz dan Brother John Frain, ahli Legio Christ dari Atlanta, Georgia, yang belajar di Roma juga menghadiri acara tersebut. Brother Metz menyatakan bahawa acara berdoa bersama untuk Bapa Suci itu adalah momen untuk menunjukkan kedekatan mereka kepada Sangti Papa.

“Sri Paus Fransisksus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembentukan kami, dia benar-benar membuka hati semua orang, dialog dan menerima idea baharu dengan sikap yang rendah hati,” kata Brother Metz. --CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments