Tiada apa yang menarik, selain berdoa
Paus Fransiskus tidak melakukan apa-apa yang istimewa bagi meraikan ulang tahun pertamanya sebagai Uskup Roma, selain berdoa. Prelatus itu sedang menjalani retret Pra-Paskah ketika hari ulang tahun pertamanya sebagai Uskup Roma.
Mar 21, 2014
VATIKAN: Paus Fransiskus tidak melakukan apa-apa yang istimewa bagi meraikan ulang tahun pertamanya sebagai Uskup Roma, selain berdoa. Prelatus itu sedang menjalani retret Pra-Paskah ketika hari ulang tahun pertamanya sebagai Uskup Roma.
Jurucakap Vatikan, Fr Federico Lombardi, memberitahu para wartawan pada Mac 13 lalu bahawa, “Pada hari ini, Sri Paus tidak melakukan apa-apa yang istimewa atau melakukan perkara yang luar biasa berbanding hari-hari biasa. Dia hanya berdoa.”
Fr Lombardi memberi kenyataan sedemikian selepas menerima beberapa panggilan telefon dan e-mel daripada para wartawan yang bertanya rencana Bapa Suci sempena hari ulang tahunnya.
Bapa Suci meninggalkan Roma pada waktu tengah hari pada Mei 15 bersama anggota-anggota Kuria bagi menjalani retret tahunan di sebuah kawasan pergunungan, Ariccia.
Retret tersebut memecahkan tradisi di mana selama ini para Bapa Suci menjalani retret mereka di dalam kota Vatikan. Paus Fransiskus merayakan ulang tahunnya dengan renungan dan berdoa dengan tekun.
Sepanjang retret tersebut, Sangti Papa dan ahli-ahli Kuria memulakan setiap hari dengan Misa Kudus, sarapan pagi dan meditasi yang dipimpin oleh Msgr De Donatis, diikuti dengan makan tengah hari serta waktu rehat sebelum memulakan meditasi kedua sehingga jam 4.00 petang.
Selepas Ibadat Senja, mereka mengadakan Adorasi dan makan malam.
Msgr De Donatis yang menjaga sebuah Paroki di pusat bandar Roma dan merupakan pembimbing rohani bagi Paderi serta seminarian, mengendalikan khutbah sepanjang retret Pra-Paskah. Beliau memilih tema, “penyucian hati."”
Bapa Suci dan ahli-ahli Kuria menamatkan retret mereka pada Mac 21 dan kembali ke tempat masing-masing dengan menaiki bas, kenderaan sama yang membawa mereka meredah jalan berbukit ke Ariccia.
Dalam pesanan twitternya, Paus Fransiskus sempena hari ulang tahun pertamanya hanya meminta satu perkara, “Doakanlah saya.” -- CNA/EWTN
Total Comments:0