Tiga Komuniti Katolik rai ulang tahun imamat empat paderi
Hasil kerjasama daripada tiga Komuniti Umat Katolik (KUK) di Zon Nabawan, menyebabkan kejayaan majlis ulang tahun empat orang paderi.
Mar 15, 2025

By Clare D.L
Hasil kerjasama daripada tiga Komuniti Umat Katolik (KUK) di Zon Nabawan, menyebabkan kejayaan majlis ulang tahun empat orang paderi.
KUK tersebut ialah iaitu KUK Bonda Maria Diangkat Ke Syurga, KUK Kerahiman Ilahi dan KUK St.Bede Nabawan, mengadakan majlis ulang tahun pentahbisan imamat empat orang paderi pada Februari 21 lalu di Gereja St Bede Nabawan.
Paderi-paderi yang diraikan itu iala Msgr Gilbert Lasius dan Fr Phillip A. Muji meraikan ulang tahun pentahbisan ke-17, ulang tahun imamat ketiga Fr Bede M Lamutan dan ulang tahun kepaderian yang kedua, Fr Dominico Evan CSE.
Majlis ulang tahun itu dimulakan dengan perayaan Ekaristi yang dipimpin oleh empat orang paderi yang diraikan. Mereka dibantu oleh Fr Clement Abel dan Fr Anthony Mikat.
Dalam ucapannya, Msgr Gilbert Lasius menyebut satu nama sosok yang menjadi mentor pelayanan dan menyuburkan benih panggilan untuk menjadi paderi dalam dirinya iaitu mendiang Brother Peter Richard Phelan.
Bro Peter merupakan misionari dari Ireland yang begitu aktif menyebarkan Khabar Gembira di Zon Nabawan.
Misionari itu mengalami kesukaran menguatkan suaranya untuk didengar oleh umat semasa Ibadat Hari Minggu, lalu meminta bantuan Msgr Gilbert yang pada ketika itu melayani sebagai ahli Kerasulan Belia Katolik (KBK) di Gereja St Bede untuk sama-sama membacakan petikan-petikan doa agar dapat didengar dengan jelas oleh umat.
Begitulah caranya Tuhan memakai sesiapa sahaja, termasuklah umat kecil untuk menyampaikan firman-Nya.
Msgr Gilbert juga berkongsi bahawa pada awal pelayanannya sebagai seminarian, beliau mahu menjadi seorang paderi kerana kekurangan paderi.
Kini, setelah menjadi paderi, semangat imamat Msgr Gilbert ditiup oleh cinta kasih Tuhan untuk menjadi hamba-Nya dalam menyebarkan Khabar Gembira.
Majlis ini merupakan sambutan kali kedua dan majlis ulang tahun imamat untuk para paderi kelahiran zon Nabawan diberikan kepada KUK Bonda Maria Diangkat Ke Syurga, Tetagas.
“Bila kami merayakan ulangtahun kepaderian, ia bukanlah perayaan untuk kami sahaja. Ulang tahun kepaderian kami ini adalah perayaan iman untuk semua umat kerana kami milik umat dan doadoa kalian menjadi kekuatan dan peneguhan kami, para paderi,” kata Msgr Gilbert.
Total Comments:0