Trauma selepas dikhianati dan diabaikan
Terlibat dalam pelayanan pastoral keluarga memang sangat mencabar.
Jun 29, 2024

Terlibat dalam pelayanan pastoral keluarga memang sangat mencabar.
Biasanya, kaum isteri yang selalu mengadu kepada paderi tentang sikap khianat suami atau diabaikan.
Tetapi baru-baru ini, seorang suami yang masih agak muda, meluahkan rasa sakit hatinya kerana si isteri mengkhianati perkahwinan.
Si isteri sebenarnya sudah menyesal dan mengakui perbuatannya, juga telah meminta maaf. Tetapi, hati si suami masih tidak dapat menerima perbuatan isterinya. Hati si suami masih keras untuk memaafkan apatah lagi melupakan kejadian itu.
Kejadian itu menjadikan si suami trauma. Bagaimana pandangan saudara dan saudari jika sahabat anda mengadu mengenai hal yang sama?
Salah seorang adik saya pernah bercanda tentang hal ini, “Eh, cerai terus! Boleh kahwin lain!” Memang ini mudah dikatakan tetapi bagi mereka “diikat” dalam Sakramen Perkahwinan, melalui pengalaman dan perkongsian, kebanyakan mereka mendapat rahmat untuk bertahan serta berfikir secara matang.
Beralih kepada si suami yang trauma tadi, sesungguhnya kehidupan rumah tangga yang bermasalah, ketidak setiaan merupakan sebahagian dari perjuangan setiap pasangan suami isteri di dunia ini.
Jika ada di antara kita yang bermasalah dengan kesetiaan atau dicurangi dan diabaikan, ini adalah panggilan untuk kembali mengurusi keluarga dengan lebih serius lagi.
Saya tidak mengatakan bahawa perselingkuhan atau kecurangan itu masalah biasa.
Masalah perselingkuhan sedikit banyak adalah tanggung jawab pasangan suami isteri.
Contohnya, hidup pasangan suami isteri itu terlalu rutin, terlalu biasa, sudah dapat dijangka, jarang bicara, sering bertengkar, terpisah tempat tinggal atau adanya penyakit, menyebabkan pasangan tergoda untuk berselingkuh.
Tidak dapat dinafikan bahawa pasangan Katolik, yang berkahwin dengan janji istimewa untuk setia sampai mati, juga mendapat godaan yang sama.
Janji setia seperti ini perlu dilengkapi dengan kekuatan rohani. Dengan akal budi saja mustahil untuk kita fahami apa yang g dikatakan Yesus mengenai kesetiaan, “Setiap orang yang memandang perempuan serta menginginkannya, sudah berzina dengan dia di dalam hatinya” (Mat 5:28)
Berzina atau perselingkuhan merupakan hal yang tidak disukai oleh Tuhan, akan tetapi mengetahui hukum ini saja tidak sama dengan kemudahan melaksanakannya.
Setiap pasangan suami isteri memerlukan sarana rohani untuk mewujudkannya dan menjadi setia. Sifat manusia dengan keperluan dan keinginan yang bermacam-macam membuatnya kadang-kadang jatuh dalam dosa ini.
Bagi pasangan yang mempunyai masalah ini: ada ayat lain yang lebih besar maknanya bagi perkahwinan iaitu mengenai pengampunan.
Pengampunan merupakan ajaran asas dan penting bagi setiap orang Kristian, pengikut Kristus.
Lebih-lebih lagi, salah satu pasangan sudah sangat menyesal dan mahu bertobat, satu-satunya jalan adalah memberinya kesempatan untuk kembali ke dalam keluarga dan Gereja, iaitu dengan mengampuninya.
Lihatlah Lukas 17:3-4, “Jagalah dirimu! Jikalau saudaramu berbuat dosa, tegurlah dia dan jikalau dia menyesal, ampunilah dia. Bahkan, jikalau dia berbuat dosa terhadap engkau tujuh kali sehari, dan tujuh kali dia kembali kepadamu dan berkata: ‘Aku menyesal,’ engkau harus mengampuni dia.” Bukankah orang beriman menemui kesulitan yang sama dengan kesetiaan tadi kalau hanya mengandalkan akal budi?
Rasa sakit hati kerana dicurangi dan dibohongi adalah wajar. Perasaan trauma pasti ada dan mengganggu kehidupan bersama.
Tuhan amat mengerti apa yang ada di dalam hati kita. Hal terbaik yang perlu kita lakukan jika kita atau rakan kita yang menghadapi masalah ini adalah mengadakan introspeksi bersama.
Luangkan waktu bersama, berbicaralah dalam suasana tenang mengenai kehidupan bersama anda sebagai suami dan isteri. Isteri atau suami yang berselingkuh harus mahu diajak bicara, membuang rasa ego dan angkuh, supaya masalah menjadi lebih melegakan.
Sertailah retret. Ambil peluang mengaku dosa dalam kesempatan retret dapat membantu pasangan suami isteri untuk memperbaiki hidup perkahwinan.
Atau, boleh juga cuba menulis perasaan anda kepada suami atau isteri yang selingkuh, lalu membacakannya, juga sebuah usaha yang baik untuk menyelesaikan kemelut.
Selanjutnya, buatlah komitmen berdua untuk bersama-sama memperbaiki komunikasi dan hidup bersama.
Tidak ada hal yang lebih menyenangkan, daripada menemukan kembali hubungan yang telah rosak, untuk kembali ke keadaan berkat.
Tuhan yang telah mempersatukan suami dan isteri, tidak akan tinggal diam, tetapi Dia turut bekerja bersama kita. Sebab tidak ada yang mustahil bagi Dia, termasuk mengubati rasa sakit hati dan trauma akibat selingkuh. Tuhan memberkati. — sumber hidupkatolik
Total Comments:0