Ulang Tahun ke-60 pelayanan FSP di Semenanjung Malaysia
Para religius The Daughters of St Paul (FSP) merayakan 60 tahun pelayanan mereka sebagai religius di Semenanjung Malaysia, baru-baru ini.
Apr 18, 2025

PETALING JAYA: Para religius The Daughters of St Paul (FSP) merayakan 60 tahun pelayanan mereka sebagai religius di Semenanjung Malaysia, baru-baru ini.
Kira -kira 220 rakan, kolaborator, klerus dan religius menghadiri perayaan, yang juga meraikan ulang tahun ke-50 Pauline Cooperators.
Misa Kudus yang dipimpin oleh Uskup Agung Julian Leow, dibantu oleh Uskup Agung Wojciech Zaluski, Nunsio Apostolik ke Malaysia, bersama 22 orang paderi. Sambutan sederhana telah dianjurkan dengan sokongan pasukan paroki Assumption.
Majlis sambutan sederhana itu dianjurkan oleh pasukan dari paroki Assumption, Petaling Jaya. Sambutan peringkat paroki akan berlangsung pada April 27 dengan Misa pada pukul 11.30 pagi, diikuti dengan jamuan di Dewan Paroki.
Sejarah komuniti FSP bertapak di Semenanjung Malaysia bermula pada tahun 1961 ketika komuniti ini pertama kali menubuhkan rumah religius di Borneo Utara.
Dari sana, FSP kerap ke Singapura untuk misi buku, dengan harapan membuka rumah religius di sana.
Walau bagaimanapun, ia bukan masa yang tepat. Sebaliknya, mereka menerima jemputan Msgr Dominic Vendargon untuk membuka sebuah rumah religius di Keuskupan Kuala Lumpur pada tahun 1965 iaitu di 161 Jalan Gasing, Petaling Jaya.
Sepanjang 60 tahun yang lalu, FSP secara aktif melibatkan ramai umat awam dalam misi penginjilan mereka melalui media. Individuindividu ini kemudiannya dimasukkan ke dalam Persatuan Pauline Coorperators (APCS) pada tahun 1975.
Sepanjang 50 tahun yang lalu, APCS telah memainkan peranan penting dalam misi Pauline, yang mengambil bahagian dalam aktiviti- aktiviti seperti pentakhtaan Alkitab di rumah, pengedaran buku di paroki tempatan dan luar, membentuk kelab media di sekolah dan paroki, menjalankan analisis filem dan video serta mengambil bahagian dalam acara Hari Komunikasi Dunia.
Para sister FSP mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah menyokong misi mereka sejak 60 tahun yang lalu.
Detik masa berlalu, ramai religius FSP dan bangunan mereka juga semakin uzur.
Mereka memerlukan dana untuk membaiki bangunan biara dan pelayanan mereka. Untuk membantu mengumpul dana, umat yang ingin membantu boleh membeli kemeja T RM20 (leher bulat) dan RM30 (dengan kolar).
Di samping itu, makan malam untuk menghimpunkan dana juga akan diadakan pada Julai 12.
Total Comments:0