Uskup Auksilier Yangon diseru melayani seperti Daud

Kardinal Charles Maung Bo dari Yangon menggesa para pemimpin Gereja untuk memberi tumpuan kepada membina umat Tuhan dan bukannya struktur fizikal, terutama pada masa krisis dan penderitaan.

Mar 28, 2025


YANGON:
Kardinal Charles Maung Bo dari Yangon menggesa para pemimpin Gereja untuk memberi tumpuan kepada membina umat Tuhan dan bukannya struktur fizikal, terutama pada masa krisis dan penderitaan.

Kardinal itu berkata demikian semasa pentahbisan Episkopal Uskup Auksilier Yangon, Raymond Wai Lin Htun di Katedral St Mary, Yangon, pada Mac 19 yang juga merupakan pesta Sto Yosef.

Pada Disember 27, 2024, Sri Paus Fransiskus telah melantik Raymond Wai Lin Htun, dari Keuskupan HPA-an, sebagai Uskup Auksilier Keuskupan Yangon, Myanmar.

Pada masa pelantikan, beliau adalah Profesor Undang-undang Canon dan Bursar di Seminari Utama Sto Yosef, Yangon.

Dalam homilinya, Kardinal Bo menekankan bahawa jabatan Episkopal yang sejati ialah mengutamakan misi melayani umat.

Prelatus itu merujuk akan kisah Daud mempunyai rancangan besar untuk membina sebuah kuil tetapi Tuhan memintanya untuk membantu umat terlebih dahulu.

“Misi Tuhan berbeza daripada kita, dan ketika kita taat, seperti Daud, kita akan melihat rahmat Tuhan” ujar Uskup Agung Bo.

Kepada calon uskup, Kardinal Bo mengatakan, “Seperti Daud, anda dipanggil sebagai pelayan kerajaan Tuhan yang‘tidak dibuat dengan tangan manusia’ (2 Kor 5: 1).

Kardinal Bo menegaskan bahawa konflik berterusan Myanmar dan krisis kemanusiaan menuntut tindak balas pastoral yang berpusat pada penyembuhan dan perpaduan.

“Anda akan menjadi pembina induk apabila anda membina orang-orang yang anda layani. Biarkan mereka membina impian mereka dan bawalah harapan penyembuhan bagi orang yang terluka. Ribuan orang memerlukan kehadiran anda, kata-kata semangat daripada anda dan pelayanan anda,” kata Kardinal Bo kepada Uskup Htun.

Dia memuji Uskup Auksilier Raymond sebagai seorang yang memiliki kerendahan hati dan dedikasinya, menyamakannya dengan Sto Yosef, “seorang pekerja yang tenang, mewujudkan kebaikan kerendahan hati dan kepercayaan yang teguh.”
Moto Episkopal Uskup Auksilier Raymond, “Dalam harapan kita diselamatkan” dilihat oleh Kardinal Bo sebagai visi yang sesuai untuk sebuah negara yang mencari keamanan dan kestabilan.

“Semoga pentahbisan Episkopal anda membawa harapan keamanan yang akan menyelamatkan umat kita,” kata Kardinal Bo. --LiCAS News

Total Comments:0

Name
Email
Comments