Uskup Joseph Hii seru Kerasulan, komiti berusaha lakukan kebaikan

“Berusahalah melakukan kebaikan terhadap orang lain. Dengan berbuat demikian, anda akan melihat kebaikan dalam diri anda,” kata Uskup Joseph Hii semasa memimpin Ritus Pemberkatan dan Pelantikan pelbagai pelayanan, komiti dan kerasulan di Katedral Sacred Heart pada Mac 2 lalu.

Mar 15, 2025

SIBU:

Turut membantu Uskup itu di altar ialah Fr Philip Hu, Fr Edward Raymond, Fr Raphael Samosir dan Fr Francis Go.

Prelatus itu mengingatkan semua pemimpin yang dilantik bahawa,“kita semua diciptakan dalam imej Tuhan. Di dalam setiap kita, ada kebaikan Tuhan. Fokus pada kebaikan itu, di sana anda dapat menyebarkan kebaikan Tuhan.”

Sejurus selepas homili, Uskup Joseph memberkati para ahli jawatan kuasa Majlis Pastoral Kewangan, Majlis Pastoral Paroki, Kerasulan Pastoral Iban, Kerasulan Pastoral Mandarin, Kerasulan Pastoral Bahasa Inggeris, Kerasulan Pastoral Iban Sibu Jaya dan Majlis Kewangan Paroki Sibu Jaya.

Ini diikuti dengan pengutusan penolong alkolit dan pembaharuan komitmen bagi alkolit sedia ada. Hampir 150 orang yang terlibat dalam pengutusan dan pentauliahan tersebut.

Uskup Joseph Hii mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menawarkan perkhidmatan mereka dan prelatus itu mengingatkan mereka agar menjadi hamba Tuhan yang rendah hati demi memuliakan nama Tuhan.

Total Comments:0

Name
Email
Comments