Vatikan siar foto terbaharu Sri Paus dari Hospital Gameilli

Vatikan mengeluarkan foto pertama Sri Paus Fransiskus pada Mac 16, setelah lebih sebulan dirawat di Hospital Gemelli, Roma.

Mar 28, 2025


ROMA:
Vatikan mengeluarkan foto pertama Sri Paus Fransiskus pada Mac 16, setelah lebih sebulan dirawat di Hospital Gemelli, Roma.

Gambar itu menunjukkan Sri Paus merayakan Misa Kudus pada Mac 15, di kapel yang terdapat dalam hospital itu.
Penyebaran foto itu penting, kerana Bapa Suci berasal dari paus Argentina tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak dirawat di Hospital Gemelli, sejak Februari 14 lalu.

Gambar itu menunjukkan Bapa Suci berusia 88 tahun memakai jubah putih dan stola ungu. Dia duduk di kerusi roda di hadapan altar dengan salib di dinding.

Gambar itu diambil dari belakang sebelah kanan Sri Paus Fransiskus, wajahnya tidak kelihatan sepenuhnya, tetapi matanya terbuka. “Sri Paus Fransiskus merayakan Misa Kudus di tingkat 10, Hospital Gemelli,” tulis pejabat akhbar Vatikan dalam kapsyen foto.

Sejak dirawat di hospital, Sri Paus Fransiskus tidak dapat memimpin Misa di Basilika Sto Petrus,Vatikan. Prelatus itu juga tidak menyampaikan doa Angelus selepas Misa Kudus kepada umat yang berkumpul di Dataran Sto Petrus.

Pada Mac 16, dalam pesannya yang diterbitkan oleh Vatikan, Sri Paus mengucapkan terima kasih kepada umat yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.

“Tubuh kita lemah, tetapi meskipun begitu, tidak ada yang dapat menghalang kita daripada mencintai, berdoa, memberi diri kita, menyokong satu sama lain, dengan iman, memancarkan tanda-tanda harapan,” kata Bapa Suci Fransiskus. --Media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments