Vatikan terbit jadual minggu suci Sri Paus

Sri Paus Fransiskus melanjutkan untuk berehat di kediamannya selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Apr 12, 2025

Colosseum akan sekali lagi menjadi tuan rumah Stesen Salib pada Jumaat Agung (AFP atau pemberi lesen)


VATIKAN:
Sri Paus Fransiskus melanjutkan untuk berehat di kediamannya selepas dibenarkan keluar dari hospital. Namun, Vatikan tetap menerbitkan jadual liturgi Sri Paus untuk Minggu Suci dan Paskah tanpa menyebutkan siapa yang akan memimpin atau menjadi selebran utama.

Senarai Misa dan liturgi lainnya, yang diterbitkan oleh pemimpin upacara liturgi kepausan belum lama ini, hanya menyebutkan bahawa Misa akan dipimpin oleh “Penaung Kepausan,” iaitu para kardinal yang tinggal di Roma, dan pegawai tinggi Vatikan.

Ketika ditanya tentang peranan Sri Paus Fransiskus dalam perayaan tersebut, pejabat akhbar Vatikan menjawab bahawa “terlebih dahulu perlu melihat keadaan kesihatan Sri Paus dalam menghadiri upacara sepanjang Minggu Suci.”

Sri Paus berusia 88 tahun itu, dibenarkan keluar dari Hospital Gemelli Roma pada Mac 23, setelah dirawat selama 38 hari kerana masalah pernafasan, jangkitan dan pneumonia ganda. Doktornya menyarankan Bapa Suci untuk beristirahat selama dua bulan.

Jadual liturgi yang diterbitkan bermula dari perayaan Minggu Palma pada April 13 hingga perayaan Minggu Kerahiman Ilahi pada April 27 serta kanonisasi Beato Carlo Acutis, sebuah acara sempena Tahun Jubli Remaja.

Berikut ini adalah jadual liturgi yang diterbitkan oleh Vatikan:

— April 17, Misa Krisma pukul 09:30 pagi di Basilika Santo Petrus.
— April 18, pukul 5.00 petang, Liturgi Sengsara Tuhan di Basilika Santo Petrus.
— April 18, pukul 9.15 malam, Jalan Salib di Koloseum Roma.
— April 19, pukul 7.30 petang, Misa Malam Paskah di Basilika Santo Petrus.
— April 20, pukul 10.30 pagi, Misa Paskah di Dataran Santo Petrus.
— April 27, pukul 10.30 malam, Misa Minggu Kerahiman Ilahi dan kanonisasi Beato Carlo Acutis di Dataran Sto Petrus. --Media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments