Worship Night, memuji Tuhan sambil bersiap ke SYD-6
Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan (KBP) telah menganjurkan “Worship Night” pada April 16 di Dewan Pusat Paroki St Mary. Ini merupakan salah satu acara sepanjang Salib Belia dan Ikon Bonda Maria berada di Katedral St Mary.
May 11, 2024

SANDAKAN: Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan (KBP) telah menganjurkan “Worship Night” pada April 16 di Dewan Pusat Paroki St Mary. Ini merupakan salah satu acara sepanjang Salib Belia dan Ikon Bonda Maria berada di Katedral St Mary.
Untuk rekod, Keuskupan Agung Kota Kinabalu telah menghantar Salib Belia dan Ikon Bonda Maria ke Katedral St Mary pada Mac 16 lalu.
Salib Belia dan Ikon Bonda Maria akan berada di Katedral St Mary dan zon-zon terpilih sehingga Jun 15.
Pada Jun 15, Salib Belia dan Ikon Bonda Maria dijadualkan untuk dihantar ke Keuskupan Keningau.
Selain Worship Night, beberapa acara lain telah diadakan misalnya Movie Night dan Taize Prayer.
“Worship Night” yang dihadiri lebih 130 belia dan ibu bapa, dianjurkan bersama CHARIS BM dan Star of Yahweh Covenant Community Katedral St Mary.
Tepat jam 8.00 malam acara dimulakan dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh Sdri Leazrinna Adrina Adaris.
Kemudian, Timbalan Ko-ordinator KBP iaitu Sdra Corey Felino Henry memberikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam rangka menjayakan “Worship Night” pada hari tersebut.
Dalam ucapannya, Corey juga menyeru semua belia untuk bersama-sama dalam program berdoa bersama Salib Belia dan ikon Bonda Maria yang berada di Katedral St Mary sehingga April 19 dan dihantar ke Kapela St Petrus, Sungai Manila pada April 21.
Acara “Worship Night” diakhiri dengan bergambar bersama semua ibu bapa, tim penganjur dan belia.
Total Comments:0