Yesus dalam “The Chosen”

Saya pasti ramai di antara kita yang biasa dengan siri TV mengenai kehidupan Yesus yang bertajuk “The Chosen”.

Apr 18, 2025


Saya pasti ramai di antara kita yang biasa dengan siri TV mengenai kehidupan Yesus yang bertajuk “The Chosen”.

Ia dilancarkan pada tahun 2019, disiarkan di pawagam dan platform strimin. Kini mempunyai lebih daripada 200 juta orang penonton.

Ia telah diterjemahkan ke dalam 50 bahasa dan mempunyai 13 juta orang pengikut media sosial, dengan kira-kira 30 peratus penontonnya bukan Kristian.

“The Chosen” dicipta dan dihasilkan oleh Dallas Jenkins, seorang Kristian evangelikal dengan kerjasama ekumenikal dan antara iman yang luas.

Jonathan Roumie, seorang Katolik Roman yang taat, memainkan peranan Yesus, dan Yesus yang digambarkannya dalam “The Chosen” adalah agak berbeza dari berbanding kisah Yesus yang selalu kita tonton dalam filem dan gambaran lain. Dan ini mempunyai kesan yang menarik.

Apa kesannya? Joe Hoover, seorang paderi Yesuit yang menulis dalam majalah Amerika baru-baru ini, memberi komen beliau, “Saya telah menjadi seorang Kristian yang dibaptis selama 53 tahun, menghadiri sekolah kelas Kristian Katolik dan selama lebih dari dua dekad telah menjadi anggota religius yang menmggunakan nama Yesus ... dan siri televisyen “The Chosen” telah memberikan saya pemahaman dan kaitannya dengan hidup Kristus dan para pengikut-Nya.

Tidak ada khutbah, tidak ada seruan teologi, tidak ada ijazah pascasiswazah, tidak ada panggilan istimewa untuk Yohanes, Markus atau Lukas, tidak ada bengkel kerohanian, tidak ada retret 30 hari namun, yang pernah membawa saya lebih mengenal Kritus seperti yang dimainkan dalam filem itu.

Saya juga turut mengalami pengalaman sama seperti Joe semasa menonton “The Chosen” Seperti Joe, saya dibaptis semasa bayi, membesar sebagai seorang Katolik Romawi, ahli kongregasi agama, mempunyai ijazah dalam teologi, telah menghadiri pelbagai bengkel kerohanian dan telah mempelajari Injil di bawah bimbingan beberapa orang sarjana bertaraf dunia, namun siri TV itu telah memberikan wajah kepada Yesus yang saya belum pernah saya pelajari atau alami sebelum ini.

Pada dasarnya, inilah kesan filem “The Chosen” bagi saya. Ia telah membentangkan Yesus yang saya mahu dampingi dan ikuti.

Tidakkah kita selalu mahu bersama Yesus? Ya, tetapi Yesus yang sering disampaikan kepada kita bukanlah seseorang, jika kita jujur dengan diri kita sendiri, kita selalunya ingin menghabiskan banyak masa dengan kita boleh selesa dan senang.

Sebagai contoh, Yesus yang sering disampaikan kepada kita dalam filem-filem secara amnya kurang mesra atau kurang hangat, sukar didekati, jauh, tegas, berada dunia lain, sangat warak dan apabila menatap-Nya akan membuatkan anda berasa bersalah kerana dosa kita telah menyebabkan Dia disalib.

Dalam filem-filem biasa yang kita lihat, Yesus tidak humor, tidak pernah membawa senyuman Tuhan ke dunia dan tidak pernah membawa cahaya ke mana-mana ruang atau rumah. Dia bukan seorang Yesus yang selesa untuk kita ikuti.
Malangnya, inilah Yesus yang sering kali dibentangkan kepada kita dalam khutbah, katekesis, sekolah Minggu, kelas teologi dan kerohanian yang popular.

Yesus yang kita jumpai dalam khutbah, katekesis yang sebagainya, sangat Ilahi, terlalu suci untuk kita berasa selesa dan senang bersama-Nya.

Dia adalah Yesus yang kita kagumi, yang mungkin kita puja dan kagumi dan yang kita sangat percayai untuk menyerahkan hidup kepada-Nya.

Tetapi Dia juga seorang Yesus yang kita tidak selesa, yang tidak akan kita pilih untuk duduk di sebelah-Nya, yang tidak kita pilih untuk dibawa bercuti dan yang begitu jauh, berbeza daripada kita.

Dia lebih mudah dianggap atau dimiliki sebagai guru yang dikagumi daripada sebagai sahabat yang intim, apalagi sebagai kekasih yang kita mahu berikan jiwa kita kepadanya.

Ini bukanlah suatu pengakuan untuk memanfaatkan Yesus (seperti trend hari ini) dengan menjadikannya seorang lelaki yang baik yang memberitakan cinta tetapi pada masa yang sama memancarkan kebenaran Tuhan yang sangat tegas. Ini bukan ditonjol dalam “The Chosen”. Malah jauh sekali.

“The Chosen” membentangkan kepada Yesus yang ketuhanan-Nya tidak akan pernah kita ragui, malah Dia tampil mesra, hangat dan menarik serta sifat kemanusiaan-Nya menyebabkan anda sangat selesa bersama-Nya malah sifat-Nya itu menarik anda untuk terus bersama-Nya.

Menonton “The Chosen”, kita tidak akan ragu buat seketika bahawa Yesus adalah khusus dan berkait rapat dengan Bapa-Nya, bahawa Dia membawa kita kebenaran dan wahyu Tuhan tanpa kompromi.
Yesus ini juga membawa senyuman Tuhan, kehangatan Tuhan dan berkat Tuhan terhadap kehidupan kita yang selalu lemah dan kurang.

Julian Mystic yang hebat dari Norwich pernah menggambarkan Tuhan dengan cara ini: Tuhan duduk di syurga, benar-benar santai, wajah-Nya kelihatan seperti simfoni yang luar biasa. Antara lain, “The Chosen” menunjukkan kepada kita wajah Tuhan yang santai ini, sesuatu yang jarang kita lihat atau alami sendiri. Hakcipta Terpelihara 1999-2025 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments