Uskup Agung pertama Kuching rai ulang tahun pentahbisan episkopal ke-50

Situasi pandemik COVID-19 sekarang ini di Malaysia, melenyapkan harapan bagi Keuskupan Agung Kuching dan umat bagi merayakan peristiwa bersejarah ulang tahun pentahbisan ke-50, Uskup Agung Emeritus Dato’ Sri Peter Chung Hoan Ting pada 15 November 2020.

Nov 28, 2020

KUCHING: Situasi pandemik COVID-19 sekarang ini di Malaysia, melenyapkan harapan bagi Keuskupan Agung Kuching dan umat bagi merayakan peristiwa bersejarah ulang tahun pentahbisan ke-50, Uskup Agung Emeritus Dato’ Sri Peter Chung Hoan Ting pada 15 November 2020.

Namun ia tetap disambut dengan doa kesyukuran dan menghadiahkan kek ulang tahun kepada Uskup Agung Emeritus yang disayangi itu.

Sering digambarkan sebagai ‘Atuk’ di kalangan umat Tuhan, prelatus ini juga seorang pembimbing rohani, imam, pengaku peribadi dan orang kepercayaan, bapa dan banyak lagi.

Dilahirkan pada 10 September 1928 di Hubei, China, beliau memasuki seminari kecil Vikariat Lauhekou pada tahun 1940. Pada tahun 1947 dia memasuki Seminar Major Regional di Hankow.

Disebabkan pemberontakan Komunis pada tahun 1949, seluruh seminari dipindahkan ke Hong Kong dan kemudiannya ke Macau. Setelah menamatkan pengajian di seminari pada tahun 1954, beliau tiba di Kuching dan menjadi paderi  pertama yang ditahbiskan di tanah Sarawak pada 26 September 1954, oleh Uskup John Vos yang telah mengundangnya untuk datang.

Setelah melayani selama sembilan tahun di pelbagai bahagian di Sarawak, Fr Peter Chung dihantar untuk belajar Undang-Undang Kanonik di Roma dan memperoleh gelaran Doktor Undang-Undang pada tahun 1966.

Prelatus itu merupakan Perwakilan Vikar Miri dan bertugas sebagai  imam di Brunei, ketika beliau ditugaskan ke Sabah. Gereja di Sabah pada ketika itu menghadapi penganiayaan dari kerajaan negeri. Pada 15 November 1970, Fr Peter Chung dilantik sebagai Uskup Koadjutor Kota Kinabalu. Keadaan yang bergolak di Sabah berlangsung selama lima tahun.

Peter Chung dilantik sebagai Uskup Agung Kuching pertama disebabkan penubuhan Wilayah Gerejawi Malaysia Timur pada tahun 1976. Beliau bersara sebagai Uskup Agung Kuching pada 22 Jun 2003, menyerahkan tanggungjawab kepada Uskup Agung John Ha. Uskup Agung Simon Poh menggantikan Uskup Agung Emeritus John Ha ketika dia meletak jawatan pada 4 Mac 2017.

Uskup Agung Emeritus Peter Chung akan dicatatkan dalam catatan gereja di wilayah ini sebagai satu-sat unya imam yang telah berkhidmat di Brunei, Sabah dan Sarawak.

Dia memilih tema "Sebab  kasih Kristus menguasai kami” (2 Kor 5:14) untuk perayaan ulang tahunnya yang ke-90 pada tahun 2018.

Uskup Agung Emeristus diberkati dengan umur panjang dan kesihatan yang baik dan mengatakan bahawa ini adalah perjalanan untuk cinta Kristus Beliau menghabiskan tahun-tahun persaraannya di Chapel of Mother Mary Retirement Home untuk para paderi, masih aktif merayakan Misa, mendengar pengakuan, menasihati dan memberi nasihat-nasihat rohani. Prelatus itu sentiasa membukakan pintu bagi mereka yang memerlukan pertolongannya.

Beliau menjalani kehidupan sederhana dan sangat tekun serta berdisiplin dalam kehidupan berdoa, kerja mahupun bersenam. — sumber Today's Catholic

Total Comments:0

Name
Email
Comments